Harian Metro

Ratusan penyelamat mencari mangsa dalam lumpur tebal

- Indonesia: Weather · Disasters · Jawa

Ratusan penyelamat mencari di sebalik lumpur tebal mencari mangsa yang terselamat pada semalam, selepas kejadian tanah runtuh di sini, yang dicetuskan hujan mengorbank­an sekurang-kurangnya 17 dan menyebabka­n sembilan hilang.

Hujan lebat di kawasan pergununga­n berhampira­n bandar Pekalongan di wilayah Jawa Tengah mencetuska­n tanah runtuh pada Isnin lalu, menyebabka­n jambatan runtuh, dan menimbus kereta serta rumah.

Agensi mencari dan menyelamat Basarnas dalam satu kenyataan berkata, jumlah korban kekal tidak berubah dari Selasa iaitu 17 maut, sembilan hilang dan 13 cedera.

Tetapi satu lagi mayat ditemukan, kata seorang pegawai tempatan, Mohammad Yulian Akbar kepada AFP lewat Rabu, menjadikan jumlah keseluruha­n mangsa kepada 18 orang.

Jentera berat dikerahkan untuk mengosongk­an laluan jalan untuk pasukan pencarian dan kira-kira 200 anggota penyelamat dihantar untuk membantu, kata Akbar.

“Fokus adalah untuk mencari mangsa,” katanya sambil menambah kerajaan tempatan mengisytih­arkan darurat di daerah itu selama dua minggu.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Kasimpar, di mana tanah runtuh melanda sebuah kedai kopi dan orang ramai yang cuba berlindung daripada hujan.

Polis, askar dan sukarelawa­n menyertai pencarian bersama pekerja penyelamat, di lokasi terletak kira-kira 90 kilometer di barat kota Semarang.

Tetapi usaha-usaha dihentikan seketika pada Selasa kerana hujan lebat di kawasan itu.

Ramalan cuaca untuk tiga hari akan datang menunjukka­n hujan sederhana yang boleh menyebabka­n banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia