Keis­time­waan Brunei

Muhibah - - IN THIS ISSUE - Teks JAC­QUE­LINE WM WONG Imej JABATAN PENERANGAN BRUNEI

Kus­to­dian Warisan Berza­man.

KDYMM Sul­tan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-marhum Sul­tan Haji Omar ‘Ali Sai­fud­dien Sa’adul Khairi Wad­dien, Sul­tan dan Yang Di-pertuan Ne­gara Brunei Darussalam mele­takkan para be­lia ne­gara di teras wawasan Brunei.

Wawasan Brunei 2035 meru­pakan as­pi­rasi Ne­gara un­tuk memas­tikan Ne­gara Brunei Darussalam dike­nali se­ba­gai se­buah ne­gara yang mem­pun­yai rakyat yang berpen­didikan, berkemahi­ran tinggi dan ber­jaya; tetapi juga mem­pun­yai kual­iti ke­hidu­pan yang tinggi dan ekonomi yang di­namik dan ber­daya ta­han.

Pada tahun 2007, Ke­bawah Duli Yang Maha Mu­lia menekankan cabaran-cabaran yang bakal di­hadapi dan mengu­mumkan ba­hawa penye­le­sa­ian un­tuk men­gatasi cabaran ini adalah melalui wawasan ne­gara yang dike­nali se­ba­gai Wawasan Brunei 2035. Wawasan Brunei 2035 juga meru­pakan komit­men Ker­a­jaan Baginda ter­hadap keu­ta­maan dan pem­ban­gu­nan yang diper­lukan un­tuk be­lia ne­gara.

01 Ke­bawah Duli Yang Maha Mu­lia berti­tah ba­hawa seko­lah Arab adalah tong­gak pen­didikan duni­awi dan ukhrawi yang tulen ketika berke­nan be­rangkat men­gadakan lawatan ke Seko­lah Arab Rimba pada 29 Jan­uari, 2019. “Dari segi pengam­bi­lan pe­nun­tut sa­haja, ia berbeza den­gan cara pengam­bi­lan di seko­lah lain ker­ana ia melalui ujian pemil­i­han dan hanya mereka yang ber­jaya sa­haja akan di­ter­ima ma­suk se­men­tara yang tidak ber­jaya akan mengikut ke­laz­i­man bi­asa di­ter­ima ma­suk ke seko­lah umum tanpa se­barang ujian. Ini saja pun telah mele­takkan seko­lah Arab mem­pun­yai kelebi­han, lain lagi dari segi pem­be­la­jaran, di mana seko­lah Arab men­ga­jarkan lebih banyak sub­jek dari seko­lah-seko­lah bi­asa.”

02

Newspapers in English

Newspapers from Brunei

© PressReader. All rights reserved.