Berita Harian

TERAPI SENI EKSPRESIF

Kaedah ini amat berkesan bagi menyokong proses perkembang­an mental, emosi dan pemikiran individu

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Tdi sebalik lukisan, warna, muzik, penulisan, drama, tarian atau aktiviti kreatif membantu mereka berkarya secara bebas tanpa limitasi kemahiran seni masing-masing. Ketua Seksyen Psikometri dan Intervensi Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia (UPM), Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata luahan emosi berlaku secara dalaman dan satu proses pemulihan emosi yang lebih cepat serta berkesan.

Beliau berkata, berbeza dengan pendidikan seni, seseorang murid itu perlu mempunyai bakat seni tersendiri atau menggilap potensi yang dimiliki. Lihat muka erapi Seni Ekspresif adalah satu kaedah terapi dan intervensi yang sering digunakan oleh kebanyakan pakar khususnya bagi pengurusan emosi, diri dan pemikiran individu.

Kaedah itu amat berkesan bagi menyokong proses pertumbuha­n mental, emosi dan pemikiran seseorang.

Terapi ini penuh berseni dan

Terapi seni ekspresif meliputi semua aspek kehidupan bukan sahaja untuk murid sekolah harian tetapi murid Program Pendidikan

Khas Integrasi (PPKI).

Guru Pendidikan Khas dan Setiausaha Badan Kebajikan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kajang Utama, Encik Zainul

Alam Yaakub, berkata tujuan seni ekspresif dalam pembelajar­an murid PPKI meliputi banyak aspek seperti pergerakan, tingkah laku, emosi, fizikal, tindak balas emosi dan perlakuan.

Beliau berkata, terapi seni merupakan satu daripada kaedah berkesan bagi melihat tindak balas dan perubahan yang boleh berlaku dari segi pengurusan emosi, respons dan perubahan tingkah laku selain perubahan komunikasi hasil pendedahan kepada pengalaman baharu dalam kalangan murid PPKI.

“Murid PPKI memerlukan bantuan pendedahan kepada pengalaman baharu, perluasan pergaulan dan sokongan orang sekeliling.

“Melalui terapi yang berkait dengan seni mampu merangsang pertumbuha­n, perkembang­an sikap dan tingkah laku serta pengurusan emosi lebih stabil,” katanya.

Beliau berkata, bidang terapi seni amat bersesuaia­n dan praktikal untuk diaplikasi­kan kepada murid berkeperlu­an khas dengan beberapa pendekatan khas.

Seni terapi untuk austisme

Katanya, terapi seni dapat membantu menstimula­si bahagian otak yang tidak berkembang dan membantu anak autisme dalam mengekspre­sikan kecekapan non verbal.

“Saat anak yang menghidap autisme sedang melukis, sesungguhn­ya dia sedang berkomunik­asi dengan menggunaka­n simbol.

“Proses ini dapat membantu mengembang­kan komunikasi­nya secara langsung dan membantu dalam mengendali proses berfikir,” katanya.

 ??  ?? Antara aktiviti pembelajar­an pada Program Pendidikan Khas PPKI di SMK Kajang Utama.
Antara aktiviti pembelajar­an pada Program Pendidikan Khas PPKI di SMK Kajang Utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia