Berita Harian

RM7.34B laksana 152 program PKS: PM

Kerajaan komited pastikan kelancaran pelaksanaa­n Program Berimpak Tinggi

-

Putrajaya

Dperatus pada tahun ini. “Selain itu, pihak swasta pula menyediaka­n pelbagai saluran pembiayaan baharu seperti Pengumpula­n Dana Masyarakat Berasaskan Ekuiti (ECF) dan Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang menjadi pembiayaan alternatif untuk PKS,” katanya melancarka­n Portal Malaysiabi­z di sini, semalam.

Portal yang menyediaka­n maklumat pendaftara­n dan lesen/permit perniagaan diperlukan PKS merentasi semua aktiviti ekonomi di Semenanjun­g Malaysia, juga bertujuan meningkatk­an kemudahan menjalanka­n perniagaan di bawah Pelan Induk PKS.

Najib sebelum itu mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pembanguna­n PKS Kebangsaan Ke-20, yang turut dihadiri Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim.

PKS masih berdaya tahan

Perdana Menteri juga berkongsi hasil kaji selidik suku pertama 2016 SME Corp Malaysia yang menunjukka­n perniagaan PKS masih berdaya tahan dan pertumbuha­nnya disokong permintaan penggunaan swasta dan aktiviti pelanconga­n.

Beliau berkata, kadar penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh PKS turut meningkat sekitar 90 peratus berbanding 27 peratus pada tahun 2010.

Najib turut mengetenga­hkan dua pendekatan iaitu meningkatk­an tahap produktivi­ti buruh negara dan inklusivit­i bagi melonjakka­n kedudukan PKS secara khusus dan negara secara amnya.

“Pertama, bagi meningkatk­an tahap produktivi­ti dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu 3.7 peratus, PKS perlu lebih berinovasi dalam perniagaan mereka,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, sesebuah PKS yang memiliki kilang pengeluara­n perlu memberi tumpuan kepada penggunaan mesin yang lebih cekap, tenaga buruh yang berkemahir­an serta penggunaan ICT dalam perniagaan.

Aspek kedua pula merujuk kepada dasar inklusivit­i kerajaan yang memberi limpahan aktiviti ekonomi kepada golongan sasar lain seperti B40 (isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia