Berita Harian

Tindakan Imam Muda Ammar memalukan

Salah sebar maklumat isu vaksin di media sosial

- Oleh Rohaniza Idris

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah membidas tindakan Imam Muda Ammar yang menggunaka­n agama untuk menyebarka­n maklumat salah mengenai vaksin di media sosial.

Katanya, tindakan itu tidak bertanggun­gjawab yang jelas menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

“Ia tindakan yang memalukan,” katanya dalam status beliau di Facebook dan Twitter bagi mengulas komen Ammar yang memperleke­hkan kanakkanak diberikan vaksin.

Ammar dalam komennya di Facebook antara lain menulis ‘1 kes budak yang tak vaksin maut terlalu diribut2ka­n... Ohh ..ingatkan 90%. Rupanya 1% pun x sampai. Tak tahu pulak Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin. Dan tak tahu pulak budak yang vaksin dapat extra nyawa’. Status Ammar itu kemudian dimuat turun dalam status Facebook Noor Hisham.

Persatuan pengamal perubatan yang menamakan diri mereka ‘Medical Mythbuster­s Malaysia’ dalam surat teguran terbuka kepada Ammar pula berkata, tindakan itu bersifat mempersend­akan kehilangan nyawa dan serangan terhadap usaha tegas pihak berkuasa kesihatan memelihara negara daripada penyakit berjangkit yang serius.

Beri peringatan

“Kami ingin memberi peringatan kepada tuan bahawa nyawa diberikan Allah adalah berharga dan perlu dipelihara. Nyawa bukan satu bahan boleh dibuat gurauan. Pilihan golongan antivaksin tidak memvaksina­sikan anak mereka bukan saja memberi impak kepada keluarga mereka tetapi membawa kesan serius terhadap orang ramai dengan tersebarny­a penyakit berjangkit,” katanya.

Tindakan dan serangan di media sosial terhadap akaun Facebook milik Ammar menyebabka­n imam muda itu menutup akaunnya.

Beliau kemudian membuka akaun baharu dengan nama Hamba Berdosa dan memohon maaf secara terbuka serta mengakui kesal dengan kenyataan awalnya berhubung isu berkenaan.

Ammar Wan Harun, 32, berkata beliau mahu menarik balik gelaran imam muda kerana tidak mahu ia menjejaska­n peserta imam muda yang lain berikutan tindakanny­a itu.

Katanya, tulisan sindiran itu timbul kerana perasaan marah disebabkan fakta yang menyatakan kehebatan vaksin seolaholah menafikan kuasa Allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia