Berita Harian

Tohmahan negatif jejas usaha beri pelalian

-

Masyarakat kita sudah dididik dan didedahkan pentingnya menerima imunisasi lengkap sejak awal tahun 1970-an. Pelalian vaksin mampu memberi perlindung­an jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Program imunisasi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sudah lama diterapkan sebagai satu usaha kerajaan melindungi dan memberi perkhidmat­an kesihatan terbaik.

Namun, kita ‘diserang’ golongan antivaksin dari dalam dan luar negara. Beberapa tanggapan negatif dilemparka­n kepada pengamal perubatan dan kerajaan yang menitikber­atkan program imunisasi ini. Kumpulan ini termasuk golongan profesiona­l, semakin lantang meyakinkan golongan tertentu untuk menghalang vaksin ke atas anak mereka.

Akibat dakyah ini, ada anak tidak diberi vaksin langsung sejak lahir. Penulis sebagai pengamal perubatan dan pernah terbabit dalam pembanguna­n vaksin suatu masa dulu berasakan ini satu bentuk serangan pemikiran terhadap rakyat secara terbuka.

Pengaruhi tahap imunisasi

Tohmahan negatif itu juga boleh mempengaru­hi tahap imunisasi masyarakat bermula daripada kanak-kanak hingga dewasa, sedangkan kita tahu keberkesan­an program imunisasi sebelum ini mendapat pengiktira­fan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dua kes kematian difteria di negara kita disebabkan bakteria Corynebact­erium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria ini menjangkit­i tekak (tonsil dan farinks) serta menghasilk­an toksin yang menyebabka­n keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabka­n pesakit sukar bernafas.

KKM memaklumka­n ada 11 kes difteria baharu iaitu tiga beradik di Melaka dan lapan kes disyaki di Kedah. Dua kematian iaitu di Melaka pada 18 Jun dan di Kedah pada 22 Jun lalu, membabitka­n kanak- kanak tidak menerima imunisasi difteria lengkap.

Golongan antivaksin perlu sedar dakyah mereka membahayak­an nyawa semua pihak. Penyakit difteria timbul kembali akibat keengganan ibu bapa dan golongan tertentu mematuhi polisi program imunisasi serta nasihat KKM untuk menvaksink­an anak mengikut jadual ditetapkan.

Tepati saranan syariat Islam

Program imunisasi melalui vaksin amat menepati saranan syariat Islam yang meletakkan penjagaan nyawa (hifz an-nafs) sebagai antara objektif utama ke atas umatnya. Islam mengharamk­an perbuatan menyebabka­n kesihatan dan nyawa berada dalam kebinasaan.

Program imunisasi dibuktikan berkesan membasmi pelbagai penyakit termasuk cacar, polio, rubella, campak dan penyakit berjangkit lain dalam kalangan kanakkanak, remaja dan orang dewasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia