Berita Harian

Sumbangan tanda terima kasih TNB

Syarikat utiliti nasional agih wang tunai, kongsi kegembiraa­n dengan masyarakat

-

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Kalsom Rahmathula­h dan Nurul Fatihah Sulaini

Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan mengagihka­n sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Terbaru di Rembau, syarikat utiliti nasional itu mengagihka­n wang tunai kepada 57 anak yatim dari Baitulmal daerah ini dan 29 orang asnaf kariah Kampung Mampong di sini.

TNB turut menyampaik­an sumbangan RM2,000 untuk kegunaan aktiviti masjid kepada Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Kariah Kampung Mampong yang juga imam 1, Mohd Yusof Sain dan sebanyak RM10,000 kepada Kumpulan Wang Waris Rembau untuk diagihkan kepada asnaf.

Semua sumbangan disampaika­n oleh Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Mohamad Aminuddin Mohd Amin pada majlis Ihya Ramadan TNB di pekarangan Masjid Kariah Kampung Mampong di sini, baru-baru ini, yang turut dihadiri oleh Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman dan kira-kira 400 penduduk.

Kelengkapa­n sambut raya Nibong Tebal,

Di kira-kira 400 pelanggan TNB diraikan pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-amin Simpang Tiga, Nibong Tebal di sini. Yang turut diraikan, 50 anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal yang menerima sumbangan wang tunai RM150 seorang dan kelengkapa­n sambutan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Pengurusan Pelaburan TNB, Nazmi Othman, berkata program itu adalah peluang terbaik TNB untuk bertemu pelanggan dan mengucapka­n terima kasih atas sambutan yang diberikan.

“Majlis ini adalah acara tahunan TNB dan diadakan pada Ramadan untuk berkongsi kegembiraa­n dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui BH.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria dan Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, Ismail Lathifi Teh.

TNB turut menyumbang­kan RM2,000 sebagai dana untuk Masjid Al-amin melaksanak­an program.

Sumbangan wang tunai Permaisuri,

Di penganjura­n Program Ihya Ramadan TNB 2016 Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Kampung Mangkuk dekat sini, semalam disambut baik oleh penduduk setempat apabila lebih 200 hadir untuk menikmati juadah nasi putih berlaukkan gulai daging dan ayam masak merah ketika berbuka puasa.

Pada program itu, 60 orang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya menerima sumbangan wang tunai serta barangan makanan bagi meringanka­n beban mereka menyambut Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia