Berita Harian

Keberkatan Ramadan fasa kedua

-

Ramadan itu, pada awalnya ialah rahmat, di tengahnya ialah maghfirah yakni keberkatan dan penghujung­nya pembebasan daripada api neraka. Di Malaysia, rahmat mungkin diperoleh kepada pertubuhan kebajikan yang mula disuntik dana daripada dermawan pada bulan ini. Rahmat juga dilimpahka­n kepada peniaga bazar Ramadan yang mencari rezeki di bulan mulia ini.

Tidak ketinggala­n juga rahmat yang hadir ke dua kawasan baru selesai pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila hadirnya menteri dan ahli politik membawa pelbagai insentif. Rahmat juga kepada keluarga nelayan yang akhirnya dibebaskan daripada tahanan Indonesia.

Namun, kita turut dicemari beberapa peristiwa yang menghalang kita daripada terus dirahmati. Awal puasa, kita dikejutkan dengan perbuatan syaitan bertopeng manusia pedofil, Richard Huckle yang mencabul ratusan kanak-kanak. Bulan di mana kita seharusnya mengawal nafsu menjadi bulan terbongkar manusia yang tidak mampu mengawal nafsu serakah dan menjadikan kanakkanak sebagai mangsa.

Kedatangan rahmat pada Ramadan menjadikan kita berharap agar tiada kejahatan berlaku. Namun, harapan itu sekadar sebuah dendangan. Hingga hari ini, kes rasuah masih dilaporkan, antaranya isu penyelewen­gan tong gas petroleum cecair (LPG), selain rasuah membabitka­n bekas ahli politik parti pembangkan­g dan rasuah dalam isu penceroboh­an tanah di Cameron Highlands.

Tonjol imej Islam

Sampai bila kita harus bergeluman­g dengan masalah integriti yang makin merunsingk­an saban hari? Kita selalu berharap agar Ramadan akan membolehka­n Muslim mempromosi agama dan sikap yang baik kepada penduduk beragama lain. Kesederhan­aan, toleransi dan keamanan adalah imej Islam yang seharusnya ditonjolka­n sepanjang bulan ini.

Tetapi, kita lebih cenderung mengambil pendekatan menghukum mereka yang tidak menghormat­i Ramadan. Kita seharusnya tidak mengambil inisiatif menghukum, sebaliknya mendidik. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum khasnya bukan Muslim sudah dididik dengan toleransi menghormat­i Muslim yang berpuasa.

Bukan sekadar tidak makan dan minum di depan Muslim, mereka turut sama berpuasa meraikan Muslim. Jadi apa alasan kita untuk menghukum mereka? Rahmat dan keberkatan yang kita peroleh sepanjang Ramadan ini seharusnya menjadikan kita lebih bersyukur dalam setiap perkara. Tetapi bersyukurk­ah kita apabila jumlah makanan yang dibazirkan ketika bulan puasa melebihi 15,000 tan sehari? Bersyukurk­ah kita, apabila sebanyak 3,000 tan makanan yang masih elok dan boleh dimakan menjadi sisa dan buangan?

Puasa dalam bahasa Arab disebut sebagai shaum yang bererti menjauhkan diri daripada sesuatu dan menahan diri tetapi kita gagal menghayati bulan ini dengan makna demikian. Kita sedang dalam fasa kedua Ramadan kali ini, dalam fasa maghfirah yakni keberkatan. Andai ada antara kita yang terlepas rahmat, ini adalah peluang untuk kita mencari berkat. Jadikan fasa keberkatan ini untuk kita bermuhasab­ah diri, menilai apa yang berlaku pada Ramadan ini.

Jadikanlah kita golongan lelaki yang hebat mengawal nafsu berahi. Kembalikan kemanusiaa­n warga lelaki agar tidak bernafsu keji terhadap kanak-kanak mahupun wanita yang sangat dikasihi Nabi. Carilah berkat Ilahi untuk kita kembali kepada fitrah lelaki yang bersifat menyayangi dan melindungi.

Pada fasa keberkatan ini juga kita harus sedar bahawa masalah utama ialah memerangi rasuah. Sedarlah bahawa rasuah akan menghalang kita mendapat berkat. Jadikan Ramadan ini sebagai titik noktah untuk rasuah. Bila kita berasa cukup dan percaya bahawa keberkatan itu adalah pada rezeki yang halal, maka berkat akan menjadi milik setiap insan yang memerangi rasuah.

Fasa maghfirah ini juga seharusnya mengingatk­an kita kepada panduan kita sepanjang zaman iaitu 17 Ramadan, yakni hari diturunkan al-quran, Nuzul Quran. Kita seharusnya menginsafi semula rukun iman ketiga iaitu beriman kepada kitab. Adakah al-quran mengajar kita untuk menghukum saudara kita yang beragama lain, sedangkan al-quran dengan jelas memberitah­u dalam surah al Hujurat ayat 13 mafhumnya:-

Hidupkan syiar Islam

Maka, berkenal-kenallah, dan sebarkanla­h Islam dengan cara bukan menghukum. Peribadi seorang Muslim adalah cerminan Islam, agama yang membawa keamanan. Kita hidupkan syiar Islam melalui agama yang baik dan semoga diberi keberkatan kepada semua umat manusia, termasuk saudara kita yang berlainan agama dan bangsa.

Jadilah Islam yang mensyukuri nikmatnya hidup. Syukur dengan apa yang ada. Belajarlah untuk tidak membazir sepanjang fasa kedua Ramadan ini. Bersyukur akan mendatangk­an keberkatan. Saat kita membuang terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa, kita menafikan hak saudara kita yang berbuka mungkin dengan setangkai kurma sahaja. Bersyukurl­ah dan buktikan bahawa Ramadan ialah bulan kita mampu mengawal nafsu makan.

Akhir kalam, rebutlah peluang fasa kedua Ramadan ini untuk diri kita. Jika ada kesilapan pada awal Ramadan lalu, maka ini peluang untuk kita meninggalk­an silap kita. Biarlah Ramadan kali ini menjadi titik perubahan untuk kita kawal nafsu diri, menjaga mata, hati, menyelesai­kan isu integriti, bersifat lebih bertoleran­si dan mendidik diri untuk mensyukuri nikmat dikecapi.

Fasa kedua Ramadan, fasa rahmat kita jadikan sempadan, fasa maghfirah kita cari keberkatan. Semoga amal ibadah kita akan melahirkan sebuah negara bangsa yang memberi nilai tambah kepada negara tercinta, negara Malaysia. Salam fasa kedua Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia