Berita Harian

Mastura mulakan tugas selepas terima panduan mufti

-

Kuala Kangsar: Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baharu, Datin Mastura Mohd Yazid memulakan tugasnya di pejabat pusat khidmat Parlimen Kuala Kangsar, semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya jam 10 pagi diiringi anak sulungnya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Mastura yang ditemui pemberita selepas itu berkata, beliau hadir bertugas di pejabat khidmat Parlimen selepas berpuas hati dengan penerangan, pandangan dan garis panduan diberikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai bagaimana beliau perlu menjalanka­n tugas dalam keadaan masih dalam tempoh idah.

“Sebenarnya saya hendak ke pejabat sejak Isnin lagi, tetapi disebabkan Isnin dan Selasa pejabat tutup dan cuti kerana baru selesai PRK (Pilihan Raya Kecil), saya tangguhkan dahulu. Ini hari pertama saya ke pejabat dan saya begitu terharu kerana inilah jejak yang ditinggalk­an Allahyarha­m Datuk Wan Khair-il Anuar (Wan Ahmad) setiap kali dia masuk ke pejabat.

“Ini tanggungja­wab yang besar bagi diri saya mengorak perjalanan bagi memberi khidmat bakti kepada orang Kuala Kangsar,” katanya di sini.

Turut bersama beliau di pejabat khidmat Parlimen Kuala Kangsar ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Teruja beri khidmat

Mastura berkata, beliau agak teruja untuk memberikan khidmat sebagai Ahli Parlimen kerana banyak perkara perlu dilaksanak­annya dalam tempoh terdekat. termasuk yang berkaitan janji dan manifesto pilihan raya.

“Hari ini saya masuk ke pejabat dan meneliti perkara yang diusahakan termasuk janji kepada rakyat dan agenda yang sudah disusun. Saya perlu bekerja keras melaksanak­an semua yang sudah dijanjikan kerana tidak punya banyak masa untuk selesaikan masalah dan kehendak rakyat Kuala Kangsar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia