Berita Harian

MPOB-BH rai orang kurang bernasib baik

Program Semarak Ramadan erat hubungan dengan penduduk

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Balqis Jazimah Zahari

Kuala Kangsar

Suntuk berbuka puasa.

Pada sebelah petang, sebanyak 60 beg berisi apron, akhbar BH, sampul duit raya dan bubur lambuk diedarkan kepada peniaga bazar Ramadan di pekan Manong.

Bubur lambuk dan akhbar BH turut diedarkan kepada penduduk sekitar Manong.

Komited teruskan majlis

Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmat­an) MPOB, Mohamad Nor Abdul Rahman, berkata majlis itu dirancang ketika Pengerusi MPOB, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, masih hidup dan pihaknya komited meneruskan­nya walaupun beliau sudah meninggal dunia.

“Kami berterima kasih kepada BH kerana sudi bekerjasam­a dengan MPOB untuk menjayakan program ini serta ahli jawatankua­sa kampung dan masjid yang bergotong-royong memastikan kejayaan program ini,” katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa dan tahlil di masjid itu.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohamad Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman; Pengarang Eksekutif (Berita/rencana/digital) BH, Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Ketua Biro BH Perak, Jalal Ali Abdul Rahim dan Ketua Kampung Guar, Haromain Mohd Sharif.

Sementara itu, Ahmad Zaini berkata, BH sedia bekerjasam­a dengan mana-mana agensi kerajaan, syarikat korporat atau wakil rakyat untuk menjayakan program Semarak Ramadan sambil memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

Katanya, kerjasama dengan MPOB sudah lama dijalin, malah agensi berkenaan turut memiliki sisipan dalam BH menerusi Berita Sawit yang menyiarkan berita mengenai aktiviti MPOB dan perkembang­an komoditi berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia