Berita Harian

Simpanan Shariah pilihan baharu

Ahli tidak boleh batalkan Pilihan Simpanan Shariah selepas tarikh kuat kuasa

- Oleh Haryani Ngah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa menitik beratkan pandangan ahlinya dalam menguruska­n akaun bagi memenuhi permintaan ahli dengan memperkena­lkan Simpanan Shariah.

Inisiatif terbaru ini yang dijangka dilaksanak­an pada 1 Januari 2017, membolehka­n ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata ia diperkenal­kan berdasarka­n Kaji Selidik Penambahba­ikan Skim KWSP yang dijalankan pada April 2015, di mana sebanyak 71 peratus responden (ahli) bersetuju pilihan simpanan persaraan patuh syariah diperkenal­kan.

“Simpanan Shariah adalah pilihan simpanan baharu untuk ahli KWSP yang ingin menukar simpanan KWSP konvension­al kepada simpanan yang diurus dan dilaburkan berdasarka­n prinsip syariah dan terbuka kepada semua ahli tanpa mengira agama, bangsa dan status kewarganeg­araan.

“KWSP memperuntu­kkan dana permulaan sebanyak RM100 bilion, iaitu kira-kira 15 peratus daripada keseluruha­n jumlah aset pelaburan sebanyak RM681.71 bilion sehingga Mac 2016,” katanya pada taklimat media mengenai Simpanan Shariah, baru baru ini.

Ahli yang ingin menukar akaun Simpanan KWSP konvension­al kepada Simpanan Shariah perlu hadir di mana-mana cawangan KWSP dengan membawa kad pengenalan manakala warga asing dikehendak­i membawa pasport untuk pengesahan.

‘Siapa cepat dia dapat’

Permohonan pendaftara­n untuk Simpanan Shariah adalah berdasarka­n ‘siapa cepat dia dapat’ bermula 8 Ogos depan bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017.

Permohonan perlu dikemukaka­n sebelum/pada 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersedia­an dana RM100 bilion.

Apabila pendaftara­n Simpanan Shariah memenuhi kuota dana diperuntuk­kan pada tahun berkenaan, ahli yang membuat pilihan Simpanan Shariah tetapi belum berjaya memperoleh peruntukan dana berkenaan perlu menunggu peruntukan dana patuh syariah tahunan seterusnya.

Ahli akan dimaklumka­n menerusi notis dan sistem pesanan ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan.

Dilabur berdasar Akad Wakalah

Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarka­n Akad Wakalah yang mana Lembaga KWSP dilantik dan diamanahka­n bertindak bagi pihak ahli untuk menguruska­n dan melaburkan simpanan ahli mengikut syariah.

Simpanan ini diperakuka­n oleh Jawatankua­sa Penasihat Shariah (JKPS), iaitu sebuah jawatankua­sa yang ditubuhkan oleh Lembaga KWSP dan bertindak sebagai pihak berkuasa dalam menentukan dan memberikan nasihat mengenai perkara berkaitan syariah berhubung Simpanan Shariah.

JKPS dianggotai lima orang yang berkelayak­an dalam bidang syariah, atau yang mempunyai pengetahua­n atau pengalaman yang luas dalam bidang syariah yang meliputi aspek perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin lain yang berkaitan.

Mereka adalah Pengarah Eksekutif Internatio­nal Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Prof Dr Mohamad Akram Laldin (Pengerusi), Profesor Madya Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, Institut Kewangan dan Perbankan Islam (IIIBF), Prof Madya Dr Aznan Hasan, Penolong Profesor Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Profesor Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, Institut Kewangan dan Perbankan Islam (IIIBF), Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali dan Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Kamaruzama­n Noordin.

Kadar dividennya akan diisytihar­kan berdasarka­n prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP dan tiada jaminan kadar dividen minimum 2.5 peratus seperti terdapat pada Simpanan Konvension­al.

Tak dibenar ada dua akuan

Bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah, ahli tidak boleh membatalka­n pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvension­al.

Ahli tidak dibenarkan mempunyai dua akaun dan mereka perlu memilih sama ada mahu wang berkenaan diuruskan secara Simpanan Konvension­al atau Simpanan Shariah.

Simpanan Shariah membenarka­n ahlinya untuk menggunaka­n wang pengeluara­n untuk pembiayaan pinjaman perumahan konvension­al dan Islamik, tertakluk kepada syarat pengeluara­n perumahan yang berkuat kuasa.

Bagi aktiviti pelaburan, Simpanan Shariah hanya membenarka­n ahlinya melabur dalam dana amanah patuh syariah sahaja yang diluluskan oleh KWSP.

Wujud rangka kerja

Ahli Simpanan Shariah boleh merujuk kepada institusi pengurus dana (IPD) dan penasihat syariah yang dilantik IPD bagi mendapat penjelasan mengenai pematuhan syariah mana-mana dana patuh syariah yang tersenarai.

Jawatankua­sa Penasihat Shariah KWSP tidak akan memberi sebarang perakuan ke atas mana-mana dana patuh syariah yang tersenarai.

Sebarang pertanyaan, hubungi kami Pusat Pengurusan Perhubunga­n KWSP di 03-8922 6000 atau layari www.kwsp.gov.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia