Berita Harian

Denda RM100 hanya cagaran ibu bapa datang ke sekolah

Dianggotai pemimpin akademik termasuk tiga agama, bangsa berlainan, selain Melayu, Islam

- Oleh Zuraidah Mohamed

Alor Setar: Denda RM100 ke atas seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz (SMKTAZ), Simpang Empat di sini, Ahad lalu, dikenakan sebagai cagaran bagi memastikan ibu bapanya tampil ke sekolah.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKTAZ, Mohd Zubir Bakar, berkata tindakan itu terpaksa dilakukan kerana pelajar itu kerap melakukan kesalahan disiplin dan ibu bapanya perlu hadir untuk mengetahui perkembang­an anak mereka.

“Denda RM100 dikenakan sebagai cagaran dan akan dipulangka­n selepas ibu bapa pelajar bermasalah itu tampil bertemu pengetua atau penolong kanan.

Dapat persetujua­n PIBG

“Tindakan ini dibuat selepas mendapat persetujua­n PIBG berikutan sebelum ini, kebanyakan ibu bapa pelajar yang bermasalah enggan tampil ke sekolah.

“Perkara begini tidak akan berlaku jika pelajar tidak melakukan kesalahan disiplin,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar seorang pelajar perempuan menunjukka­n fesyen rambutnya yang pendek seakan-akan lelaki yang dikongsi rakannya dan menjadi viral di media sosial.

Kenyataan pada gambar itu mengatakan seolah-olah pelajar menjadi mangsa tindakan sekolah kerana berambut pendek dan berfesyen.

Sementara itu, Mohd Zubir menggesa ibu bapa memberi lebih perhatian terhadap disiplin dan persekolah­an anak mereka.

Katanya, sekolah mempunyai peraturan yang memfokuska­n usaha membina pelajar berdisipli­n dan berjaya pada masa depan tetapi pembentuka­n asas sepatutnya bermula dari rumah.

“Pihak sekolah akan membantu mendidik dan memastikan disiplin pelajar dijaga tetapi jika pelajar itu sendiri kerap melanggar peraturan dan tidak mahu berubah, tindakan tegas perlu dilakukan. Kita tidak mahu kelakuan negatif mempengaru­hi pelajar lain terutama yang masih muda,” katanya.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menubuhkan jawatankua­sa siasatan dalaman berhubung isu slaid berkaitan pengajaran agama Hindu dan Sikh dalam pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang menimbulka­n kontrovers­i sehingga menjadi viral dalam laman sosial.

Naib Canselor UTM, Datuk Prof Dr Wahid Omar, berkata jawatankua­sa itu dipengerus­ikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Prof Dr Rose Alinda Alias dan dianggotai beberapa pemimpin akademik termasuk tiga agama serta bangsa berlainan, selain Melayu dan Islam.

Katanya, pembabitan mereka dalam siasatan itu bagi melihat isu terbabit daripada perspektif berbeza dengan cara adil dan telus tanpa memihak kepada mana-mana kumpulan atau bangsa.

“Siasatan yang dijalankan jawatankua­sa ini memudahkan usaha mengenal pasti pensyarah yang terbabit dalam isu berkenaan.

Pensyarah kontrak

“Pensyarah yang disiasat ini adalah pensyarah kontrak dan sudah diminta memberikan penjelasan mengenai kandungan bahan pengajaran digunakan dalam TITAS termasuk slaid, buku dan rujukan untuk menyokong kesahihan kandungan pengajaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Slaid pembentang­an modul subjek TITAS yang didakwa memberi fakta salah mengenai agama Hindu dan Sikh mengundang rasa tidak puas hati masyarakat selepas diviralkan di laman sosial, baru-baru ini.

Wahid berkata, UTM menubuhkan jawatankua­sa bebas di luar UTM selepas diberikan taklimat secara lisan dan bertulis dari segi kandungan serta bahan rujukan digunakan pensyarah terbabit.

Katanya, ia membabitka­n tiga pakar TITAS iaitu Prof Zaid Ahmad dan Prof Madya Dr Sarjit Singh dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Prof Dr M Rajanthera­n dari Universiti Malaya (UM) yang akan menilai kesahihan maklumat dikemukaka­n.

Semua maklumat dan bahan disediakan pensyarah terbabit sudah dikemukaka­n kepada jawatankua­sa bebas untuk semakan.

 ??  ??
 ??  ?? Pelajar yang mendakwa dikenakan penalti oleh sebuah sekolah kerana memotong rambut pendek.
Pelajar yang mendakwa dikenakan penalti oleh sebuah sekolah kerana memotong rambut pendek.
 ??  ?? Wahid Omar,
Naib Canselor UTM
Wahid Omar, Naib Canselor UTM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia