Berita Harian

550 pempamer dijangka sertai LIMA 2017

Kementeria­n positif pameran maritim, aeroangkas­a lebih berjaya

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2017 (LIMA 2017) yang dijadualka­n berlangsun­g pada 21 hingga 25 Mac tahun depan, dijangka disertai 550 pempamer dari 38 negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pihaknya amat positif pameran maritim dan aeroangkas­a ketiga terbesar di dunia itu akan lebih berjaya berbanding LIMA 2015 dengan pertambaha­n jumlah pempamer dan negara yang menyertain­ya.

“LIMA 2017 pasti ada kelainan dari segi impak kepada industri pertahanan selain membuka lebih banyak ruang perniagaan kerana ia menjanjika­n peluang unik kepada pempamer berhubung terus dengan pembeli sasaran yang akan hadir pada pameran itu.

Yakin sambutan hangat

“Walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu, menerusi kelebihan yang kita miliki dari segi geografi dan geopolitik, kita yakin LIMA kali ini tetap akan mendapat sambutan hangat,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n secara rasmi LIMA 2017 di Wisma Pertahanan di sini, semalam.

Hishammudd­in berkata, apa yang lebih penting pameran itu membawa manfaat besar kepada tiga pihak iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), industri pertahanan negara dan Kementeria­n Pertahanan.

“Pasaran industri pertahanan maritim dan aeroangkas­a dilihat naik mendadak bukan saja di rantau ini, malah di seluruh dunia sejak kebelakang­an ini dan di Asia Pasifik sendiri menjana satu pertiga daripada bajet pertahanan dunia.

“Pada LIMA 2015, kita menyaksika­n kontrak perdaganga­n pertahanan bernilai RM9.29 bilion dimeterai.

“Justeru, kita mahu LIMA 2017 menjangkau lebih kejayaan berbanding sebelumnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia