Berita Harian

Tiada tekanan tamat khidmat Ketua Pesuruhjay­a

-

Putrajaya: Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan bahawa tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuk beliau memendekka­n penamatan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018.

Sebaliknya ia adalah permohonan kali ketiga dibuat bagi mempercepa­tkan penamatan tempoh kontraknya dan kali ini diluluskan kerajaan, katanya.

“Ini (permohonan) adalah atas permintaan saya. Saya telah menyatakan dalam kenyataan lepas-lepas, saya tidak akan bertindak mengundurk­an diri atas mana-mana tekanan. Ini adalah jelas, berkali-kali saya nyatakan.

“Permintaan ini adalah atas kehendak saya terutama apabila saya mendapat peluang untuk memberi sumbangan di peringkat antarabang­sa yang boleh meningkatk­an nama Malaysia dan SPRM ke tahap lebih tinggi.

Peluang keemasan

“Ini adalah satu peluang keemasan yang dapat membantu saya dan negara. Saya tidak boleh menolak begitu sahaja,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n Abu Kassim, 55, tidak akan meneruskan perkhidmat­an sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM mulai 1 Ogos ini, seperti dimohon.

Selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-pertuan Agong telah memperkena­nkan permohonan Abu Kassim untuk menamatkan perkhidmat­annya itu dengan memberi sebulan notis, katanya.

Abu Kassim turut menjelaska­n antara sebab beliau mempercepa­tkan penamatan tempoh kontraknya adalah kerana menerima tawaran daripada Internatio­nal Anticorrup­tion Academy (IACA) sebagai pakar jemputan di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia