Berita Harian

Desakan henti bantu Yayasan Kepimpinan Perdana

-

Kuala Lumpur: Pemuda UMNO mendesak kerajaan menghentik­an bantuan kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana dengan serta-merta.

Naib Ketua, Khairul Azwan Harun, berkata ia termasuk bantuan penggajian kepada 22 kakitangan sedia ada yayasan terbabit.

Katanya, Pemuda UMNO memandang serius tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memperalat­kan yayasan itu sebagai antara platform menjatuhka­n Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak. si.“pemuda mengecam tindakan Dr Mahathir memburukka­n Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kerana bertentang­an dengan Perlembaga­an serta sistem demokra

“Justeru, Pemuda UMNO mahukan bantuan kerajaan kepada Dr Mahathir dan Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Menara Dato' Onn di sini, semalam. Yang turut hadir, Bendahari Pemuda UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Ketua Penerangan­nya, Jamawi Jaafar.

Hantar surat kepada PM

Khairul Azwan berkata, pihaknya menghantar surat kepada Perdana Menteri semalam bagi mendesak bantuan kewangan itu dihentikan.

Dalam perkembang­an lain, Khairul Azwan mencabar Dr Mahathir supaya menyatakan pendirian beliau sebenar sama ada atas agenda peribadi atau parti.

“Jika bersama parti, sebutkan parti apa? Adakah dengan Parti Amanah Negara kerana beliau menyokong parti ini pada pilihan raya kecil lalu.

“Jika tidak mewakili mana-mana parti, adakah ia atas agenda peribadi. Maka kita serahkan kepada rakyat untuk menilainya sendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia