Berita Harian

Cabaran Wan Azizah imbau luka lama: Idris

Dr Mahathir digesa tanding PRU jika mahu terajui pembangkan­g

-

Oleh Fairuz Zaidan, Nik Sukry Ramli dan Hidayah Mahmud

Cabaran Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang seolah-olah membuktika­n ‘luka lama berdarah kembali’.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron, yakin cabaran Dr Wan Azizah itu mengimbau luka lama peristiwa 1998 apabila suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir.

Beliau berkata, pemecatan Anwar masih segar dalam ingatan, lebih-lebih lagi ketika bekas pemimpin itu mengheret keluargany­a termasuk Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah, menjelajah seluruh negara bagi membuktika­n dirinya menjadi mangsa konspirasi Dr Mahathir.

Dr M lupa jasa

“Dr Mahathir seolah-olah sudah melupakan semua itu, malah kami yang membelanya dahulu (ketika krisis 1998), hari ini ditohmah pula.

“Pepatah ada menyebut,

(setiap perbuatan ada balasannya).

“Sekarang, Dr Mahathir menjilat kembali apa ludahnya, sesuatu yang amat sukar untuk diterima,” katanya.

Idris mengulas kenyataan Dr Wan Azizah kelmarin yang mencabar Dr Mahathir bertanding dalam PRU akan datang jika tokoh negara itu mahu terus membabitka­n diri dalam politik serta menerajui blok pembangkan­g.

Di Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, percaya Dr Mahathir hanya dijadikan alat oleh pembangkan­g bagi mencapai agenda politik sempit mereka.

Katanya, tindakan Dr Mahathir secara berterusan menyalahka­n UMNO dipercayai berpunca daripada rasa kurang senang dengan pencapaian UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai

Kuantan,

Besar dan Kuala Kangsar.

Rakyat sudah buat pilihan

“Sudah sampai masa beliau (Tun Dr Mahathir) mengakui bahawa rakyat sudah buat pilihan. Pengundi di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah memilih calon yang mereka mahu.

“Cukuplah... berhentila­h dalam keadaan sekarang ini kerana kami nak dalam sisa-sisa kehidupan beliau... untuk melihat beliau sebagai negarawan dihormati,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamata­n Kebakaran dan Jalinan Mesra Bersama Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini, petang kelmarin.

Abdul Rahman berkata, Dr Mahathir sepatutnya menyedari tindakan pembangkan­g memperalat­kan beliau dan tidak boleh dipercayai.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyokong cadangan Wan Azizah supaya Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya akan datang jika bercita-cita mahu menjatuhka­n Perdana Menteri dan BN.

“Jika Tun (Dr Mahathir) mahu cita-citanya tercapai, dia kena jadi wakil rakyat dan bersidang di Dewan Rakyat yang sebenar. Ini lebih berkesan berbanding memimpin kumpulan demonstras­i yang sesiapa pun boleh jadi ketua. Kalau jadi wakil rakyat baru kita respek,” katanya.

 ?? [FOTO ZULKEPLI OSMAN/BH] ?? Abdul Rahman diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (kiri) menyampaik­an peralatan keselamata­n kepada peniaga bazar Ramadan di Padang MPK1, Kuantan, kelmarin.
[FOTO ZULKEPLI OSMAN/BH] Abdul Rahman diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (kiri) menyampaik­an peralatan keselamata­n kepada peniaga bazar Ramadan di Padang MPK1, Kuantan, kelmarin.
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia