Berita Harian

‘Mini Bangladesh’ tak patuh peraturan

Peniaga warga asing guna mata wang negara lain dalam urus niaga

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Ratusan rakyat Bangladesh menjadikan kawasan Pasar Borong Harian Selayang, di sini, ala ‘mini Bangladesh’ dengan perniagaan secara longgok menjual pelbagai jenis makanan laut dan sayur-sayuran.

Tinjauan BH mendapati mereka juga berurus niaga menggunaka­n mata wang beberapa negara asing ketika berjual beli sesama rakan senegara atau rakyat asing lain.

Bagaimanap­un, ada juga pelanggan warga tempatan yang membayar menggunaka­n ringgit.

Sebelum ini, koloni rakyat Myanmar mewujudkan pasar longgok di situ dan melakukan urus niaga sama.

Mereka didapati berniaga secara berkelompo­k dengan satu kelompok mengandung­i antara 10 hingga 15 peniaga.

Terima mata wang asing

Peniaga terbabit didapati menggunaka­n mata wang asing seperti Rupee (Nepal), Kyats (Myanmar), Thaka (Bangladesh) dan Rupiah (Indonesia) dalam urus niaga di situ.

Bagaimanap­un, persoalan timbul berkaitan pematuhan undangunda­ng pihak berkuasa tempatan dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an kerana mereka berniaga tidak menggunaka­n penimbang, mempamer tanda harga dan lesen perniagaan.

Difahamkan, peniaga warga Bangladesh mendapatka­n bahan mentah seperti udang, ikan dan sotong daripada peniaga dalam pasar pada harga murah kerana hampir rosak atau bekalan lama.

Mereka membawanya ke luar pasar borong dan menjualnya pula kepada warga asing lain tetapi harga sekilogram udang hitam bersaiz kecil adalah RM18, harga sekilogram udang bersaiz sederhana pula adalah antara RM20 hingga RM23.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Rosli Sulaiman, berkata, pasar longgok peniaga asing awalnya diwujudkan oleh koloni Myanmar, iaitu memperoleh bekalan secara percuma hasil saki baki peniaga dalam pasar yang sudah tidak terjual, yang diperolehi pada harga amat murah iaitu kira-kira empat kali ganda daripada yang dijual kepada pelanggan.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Warga asing menjalanka­n urus niaga pembelian yang tidak menggunaka­n mata wang ringgit ketika tinjauan di Pasar Borong Selayang.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Warga asing menjalanka­n urus niaga pembelian yang tidak menggunaka­n mata wang ringgit ketika tinjauan di Pasar Borong Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia