Berita Harian

2 beranak maut nahas 16 kenderaan

Mangsa tersepit selepas kereta dipandu suami dirempuh treler

- Oleh Siti Azila Alias

Menceritak­an kembali kejadian, Mohd Hasnun berkata, dia sekeluarga dalam perjalanan dari Pulau Pinang untuk menziarahi bapa saudaranya yang meninggal dunia di ibu negara dan bertolak dari rumah pada jam 6.30 pagi.

Katanya, dia memandu di lorong kanan dan trafik sesak dengan semua kenderaan ketika itu tidak bergerak berikutan terdapat sebuah treler terbalik di kiri lebuh raya.

Mangsa dan anak tidur

“Ketika itu, anak dan isteri tidur. Kirakira 10 minit kemudian, sebuah treler tiba-tiba merempuh dan mengheret kenderaan saya menyebabka­n ia berpusing dan melanggar kenderaan lain.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan keadaan menjadi kelam-kabut. Saya nampak kereta di hadapan turut berpusing dan terbalik. Walaupun berat untuk terima namun, saya reda dengan pemergian mereka (isteri dan anak),” katanya yang bekerja sebagai eksekutif sumber manusia ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan R Supramania­m, berkata kemalangan membabitka­n 16 kenderaan termasuk empat treler dan sebuah van.

Beliau berkata, kejadian berpunca daripada sebuah treler yang terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah dan merempuh lima kenderaan di hadapannya, termasuk kereta yang dinaiki mangsa.

Akibat rempuhan, kereta mangsa tersepit antara treler itu dengan sebuah lagi treler menyebabka­n penumpang wanita dan seorang bayi di tempat duduk belakang maut.

“Perlanggar­an itu turut menyebabka­n kenderaan lain di belakang tidak sempat mengelak dan turut berlanggar antara satu sama lain. Pemandu treler ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Difahamkan, dalam kejadian itu, lima penumpang kenderaan lain turut cedera ringan dan dihantar ke hospital berhampira­n untuk menerima rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu yang tiba di lokasi pada jam 10.32 pagi mengambil masa lebih setengah jam untuk mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit.

 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian daripada 16 kenderaan yang terbabit nahas di KM 406 Lebuh Raya Utara Selatan hala ke selatan berhampira­n susur Lembah Beringin, semalam.
Sebahagian daripada 16 kenderaan yang terbabit nahas di KM 406 Lebuh Raya Utara Selatan hala ke selatan berhampira­n susur Lembah Beringin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia