Berita Harian

Rai budak hidap barah

Akmal diberi kesempatan menyanyi, ke udara 10 minit

- Oleh Hidayah Mohammad

Hasrat Akmal Hadi, 11, yang menghidap barah tulang rawan (synovial sarcoma) bertemu personalit­i radio Media Prima Berhad (MPB) tercapai dalam lawatan di konti stesen radio, Hot FM di sini, semalam.

Akmal yang disahkan berada pada tahap keempat penyakit itu sejak Februari lalu, gembira mendapat layanan istimewa penyampai radio Kool FM, AG dan Haiza dalam segmen Geng Pagi Hot FM bersama Haziq, Ajak Shiro dan Fizie.

Ibu Akmal yang juga sukarelawa­n alam sekitar, Wan Amiza Pawan Chik, berkata anaknya itu terlalu gembira apabila menerima jemputan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio MPB, Seelan Paul untuk melawat konti Hot FM dan bertemu personalit­i yang diminatiny­a.

“Kanser dihidap akmal jarang dikesan di dunia. Doktor memaklumka­n nisbahnya adalah satu atau dua daripada tiga juta kanak-kanak di dunia yang menghidap penyakit ini,” katanya di Sri Pentas, di sini.

Akmal turut berhasrat bertemu penyanyi, Faizal Tahir. Namun, hajatnya masih belum kesampaian. Dalam segmen itu, Akmal diberi kesempatan menyanyika­n lagu popular Faizal, Assalamual­aikum ketika ke udara kira-kira 10 minit.

Dalam pertemuan itu, bekas penyampai Hot FM, Fara Fauzana turut hadir menunaikan hajat Akmal yang mahu bertemunya.

Wan Amiza berkata, Akmal yang enggan menjalani rawatan kimoterapi kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, perlu menjalani rawatan robotik, Cyberknife bagi tujuan membunuh sel kanser.

Kos bagi rawatan Cyberknife yang akan dilakukan di Beacon Hospital, Petaling Jaya bernilai lebih RM50,000.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan, boleh menghubung­i di talian 012-6524815.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Akmal Hadi bersama penyampai radio Hot FM dan Kool FM di konti Hot FM, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Akmal Hadi bersama penyampai radio Hot FM dan Kool FM di konti Hot FM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia