Berita Harian

Pengerusi NGO ditahan ambil wang peras ugut

Suspek ancam dedah aktiviti haram mangsa jika enggan bayar

- Oleh Safeek Affendy Razali

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahka­n penangkapa­n seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah bergelar Datuk, malam kelmarin, dibuat kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti peras ugut.

Beliau berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan ketika bersama seorang daripada mangsa yang diugut supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu aktiviti haram mangsa didedahkan kepada media atau pihak berkuasa.

“Saya sahkan tindakan menangkap suspek dilakukan berdasarka­n laporan mangsa yang sering menerima ugutan.

“Dia ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengadu (mangsa),” katanya kepada BH, di sini, semalam.

Polis rampas RM25,000

Dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu, Datuk berkenaan ditahan di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan, pada jam 10.50 malam bersama wang tunai berjumlah RM25,000 dipercayai diserahkan mangsa sebelum serbuan dilakukan.

Polis turut merampas wang tunai RM16,000 dalam kereta Toyota Vellfire dinaiki suspek dan seorang lelaki warga India dipercayai pemandunya.

Suspek dan pemandunya yang ditahan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 kanun sama kemudian dibawa ke Mahkamah Seremban, semalam, bagi polis mendapatka­n perintah reman.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan semalam membenarka­n perintah reman dua hari terhadap suspek terbabit dan pemandunya.

Terdahulu, ketika ditahan, suspek dilaporkan sedang bertemu pengadu yang juga dipercayai bertanggun­gjawab menjalanka­n aktiviti judi ekor haram.

Bagaimanap­un, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk terbabit supaya memberinya RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan melaporkan kepada polis.

Bukti rakaman suara

Malah, mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya jika tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.

Sehubungan itu, polis menyeru mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa kepada Datuk terbabit berhubung kegiatan peras ugut supaya berhubung dengan Asisten Superinten­dan Kee Hang Kee di talian 03-22666204 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampira­n.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Seorang pengerusi NGO dibawa ke Mahkamah Seremban untuk mendapatka­n perintah reman, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Seorang pengerusi NGO dibawa ke Mahkamah Seremban untuk mendapatka­n perintah reman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia