Berita Harian

Geng Ah Fei tumpas, tiga anggota kena tangkap

-

Kuantan: Kumpulan Ah Fei yang terbabit dalam dua samun bersenjata di daerah ini membabitka­n wang tunai dan barang kemas dianggarka­n bernilai RM860,000 pada tahun 2015 dan 15 Jun lalu berjaya ditumpaska­n apabila tiga ahlinya ditangkap dalam operasi khas kelmarin.

Tiga suspek berusia 19 hingga 30 tahun termasuk ketua kumpulan itu ditahan di Perak dan Pulau Pinang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang dalam ‘Op Ah Fei’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata Op Ah Fei dilancarka­n susulan kejadian samun wang tunai berjumlah RM30,000 di Jalan Pintasan Bukit Setongkol di sini, pada 15 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, katanya, wang tunai berjumlah RM30,000 dibawa dua mangsa untuk membeli jentera pemotong sawit dirompak tiga suspek selepas kereta dinaiki dilanggar sebuah PERODUA Myvi kira-kira jam 3.30 petang.

“Atas maklumat awam, kita bertolak ke Perak dan membuat tangkapan pertama di Parit Haji Amin, Parit Buntar, Perak pada jam 7.50 malam, diikuti ketua kumpulanny­a di Taman Sutera, Perai, Pulau Pinang pada jam 10.15 malam dan suspek ketiga di Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru Ayer Itam, Pulau Pinang pada jam 11.30 malam.

Dapatperin­tahreman

“Kita turut merampas wang tunai RM4,000 dan tiga telefon bimbit. Siasatan awal mendapati tiga lelaki berkenaan melakukan rompakan bersama seorang lagi yang masih bebas dikenali sebagai Edy,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, ketua kumpulan dikenali Ah Fei yang bekerja di sebuah kedai emas di Pulau Pinang mendedahka­n wang rompakan itu diagihkan antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada setiap ahli kumpulan.

“Siasatan turut mendapati Ah Fei dan tiga lelaki lain turut melakukan rompakan ke atas kenderaan membawa barang kemas bernilai RM830,000 di Lorong Bukit Setongkol Jaya 30, Kampung Jawa di sini kira-kira jam 6.15 petang, 16 Disember tahun lalu.

“Dengan penahanan itu, kita percaya dapat menyelesai­kan dua kes rompakan berkumpula­n dan menumpaska­n kumpulan Ah Fei. Mereka akan dibawa ke Kuantan untuk mendapatka­n perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terbabit kes samun bersenjata di Kuantan pada 2015 dan pertengaha­n

Jun lalu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia