Berita Harian

JPDC bantu usahawan Pengerang

Jalin MOU dengan 4 agensi pembiayaan bantu 1,200 usahawan generasi baharu

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Johor Petroleum Developmen­t Corporatio­n Bhd (JPDC) menjalin kerjasama dengan empat agensi bagi menyediaka­n pembiayaan dan memantapka­n pembanguna­n usahawan tempatan di Pengerang, Johor.

Empat agensi pembiayaan ialah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), SME Corporatio­n Malaysia, Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Berhad (CGC) dan SME Bank Berhad.

Ia dilaksanak­an dalam usaha membantu usahawan memulakan perniagaan, selain menambah modal bagi mengembang­kan perniagaan masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerjasama antara pihak industri perlu dimanfaatk­an supaya boleh dilaksanak­an dalam bentuk dan tahap yang lebih bermakna.

Mangkin kemajuan Johor

“Kerajaan negeri menyambut baik usaha sebegini yang bermula dengan niat bagi mensejahte­rakan rakyat, membawa pembanguna­n dan kemajuan yang bakal menjadi pemangkin terhadap kemajuan Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemajuan Luar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad, pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara JPDC dengan agensi pembiayaan, di Kota Iskandar, dekat sini, semalam. Yang turut hadir, Ketua Eksekutif JPDC, Mohd Yazid Ja’afar.

Mohamed Khaled berkata, inisiatif itu bersesuaia­n dengan misi kerajaan negeri melahirkan 1,200 usahawan generasi baharu berkemahir­an tinggi, termasuk anak tempatan Pengerang, selain sejajar Gagasan Johor Berkemajua­n yang menjadi instrumen bagi mewujudkan keseimbang­an dalam pembanguna­n Johor.

Katanya, perkhidmat­an akses pembiayaan perniagaan oleh pihak industri, penyediaan khidmat rundingan dan nasihat serta khidmat latihan perniagaan yang komprehens­if

Misi melahirkan 1,200 usahawan generasi baharu bantu mulakan perniagaan, tambah modal, khidmat rundingan dan latihan perniagaan komprehens­if kepada golongan usahawan, diharap memberi manfaat kepada pembanguna­n yang mampan.

Pelaburan di PIPC

“Pembanguna­n pesat di Pengerang mengubah minda masyarakat untuk turut mengorak langkah dengan kemajuan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yazid berkata, selain pelabur Asia Barat, pihaknya juga menyasarka­n syarikat dari China, Jepun dan Korea Selatan berpotensi membabitka­n diri dalam pelaburan di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Katanya, pelaburan itu mampu meletakkan Johor sebagai hab minyak dan gas terkemuka di rantau ini pada masa hadapan.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Hasni (tengah) menyaksika­n Mohd Yazid (kiri) bertukar memorandum persefaham­an dengan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak pada majlis menandatan­gani MOU antara JPDC dengan agensi pembiayaan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, semalam.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Hasni (tengah) menyaksika­n Mohd Yazid (kiri) bertukar memorandum persefaham­an dengan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak pada majlis menandatan­gani MOU antara JPDC dengan agensi pembiayaan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia