Berita Harian

UEM Sunrise salur zakat RM300,000

-

Gelang Patah: Seramai 800 asnaf di sekitar kawasan ini menerima sumbangan zakat berjumlah RM300,000 oleh pihak UEM Sunrise Berhad, di sini, semalam.

Pengarah Projek Wilayah Selatannya, Zamri Yusof, berkata setiap orang miskin, warga tua, ibu tunggal, bapa tunggal dan pelajar dari kalangan sekolah angkat UEM Sunrise menerima RM500.

Katanya, penganjura­n agihan zakat yang memasuki tahun ketiga itu diharap dapat mengurangk­an beban penerima, selain sebagai persediaan di bulan Ramadan dan persiapan Aidilfitri, sekali gus merapatkan hubungan silaturahi­m antara pihaknya dengan masyarakat setempat.

“Menerusi Program Sumbangan Wang Zakat Kepada Golongan Asnaf ini, kita menyerahka­n zakat kepada 600 pelajar sekolah rendah dan menengah yang layak bagi membantu membiayai kos kehidupan seharian, selain persiapan Hari Raya yang bakal tiba," katanya. Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang dan di Masjid An-nur Kampung Pok, dekat sini. semalam.

Penuhi kebajikan

Yang turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Mohammad Khairi A Malik.

Zamri berkata, UEM Sunrise turut menyerahka­n zakat kepada 200 asnaf di tujuh kampung sekitar kawasan Iskandar Puteri, sekali gus memenuhi kebajikan komuniti setempat.

“Sebagai warga korporat yang bertanggun­gjawab, UEM Sunrise berbesar hati dapat membantu dalam memberikan sedikit sumbangan kepada golongan memerlukan yang berada di kawasan pembanguna­n kami, selaras dengan polisi tanggungja­wab korporat syarikat,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Mohammad Khairi (tengah) bersama Zamri (dua dari kanan) menyerahka­n sumbangan kepada wakil asnaf di Masjid An-nur Kampung Pok, Gelang Patah.
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Mohammad Khairi (tengah) bersama Zamri (dua dari kanan) menyerahka­n sumbangan kepada wakil asnaf di Masjid An-nur Kampung Pok, Gelang Patah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia