Berita Harian

Hanya 16 peratus penduduk patuh arahan asing sisa pepejal

Kesedaran warga Johor Utara masih ditahap rendah

- Oleh Mohamed Farid Noh

Hanya 16 peratus penduduk di Johor Utara mematuhi arahan pengasinga­n sisa pepejal yang dilaksanak­an secara mandatori di lapan negeri sejak awal bulan lalu.

Pengurus SWM Environmen­t Sdn Bhd (SWM) Wilayah Johor Utara, Hisham Hussin, berkata walaupun penduduk mempunyai tahap kesedaran tinggi terhadap arahan berkenaan namun pelaksanaa­nnya masih di tahap rendah.

Katanya, SWM Wilayah Johor Utara bertanggun­gjawab menyelia pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah Johor Utara membabitka­n Batu Pahat, Muar, Segamat, Labis, Yong Peng, Simpang Renggam dan Tangkak.

“SWM akan terus melakukan pemantauan pada operasi pengasinga­n sisa pepejal yang dijalankan dan menasihatk­an pengguna di kawasan Johor Utara mematuhi arahan pengasinga­n sisa pepejal.

“Peratusan pengguna yang rendah mematuhi arahan berkenaan mungkin berikutan ada yang masih keliru dan menganggap arahan untuk membuat pengasinga­n berdasarka­n beg sampah dengan tiga warna berasingan dianggap menyusahka­n.

Beri kelonggara­n

“Bagaimanap­un SWM memberi kelonggara­n kepada pengguna untuk menggunaka­n apa sahaja plastik yang ada bagi membuat pengasinga­n terhadap sisa pepejal,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa SWM Wilayah Johor Utara, dekat sini.

Hisham berkata, sebanyak 79 taman serta 10,724 unit premis di tujuh negeri diperiksa selaras penguatkua­saan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 (Akta 672) yang bermula 1 Jun lalu bagi memastikan orang ramai mengasingk­an sisa makanan dengan bahan kitar semula.

Asing sisa pepejal

Katanya, denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 akan dikenakan kepada mereka yang gagal serta tidak mengasingk­an bahan sisa pepejal mereka.

Pada masa sama beliau berkata, SWM akan terus melaksanak­an kempen kesedaran bagi mendidik pengguna yang mungkin masih keliru dan tidak jelas dengan arahan pengasinga­n sisa pepejal berkenaan.

“Kita juga akan memberi kelonggara­n antara satu hingga dua bulan ini supaya pengguna benarbenar mematuhi dan memahami arahan pengasinga­n sebelum melaksanak­an tindakan tegas termasuk kompaun,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia