Berita Harian

MTRK bantu penderitaa­n ibu tunggal 8 anak

-

Kota Bharu: Penderitaa­n seorang ibu tunggal yang mempunyai lapan anak di Kampung Kutan Hilir, dekat sini, mendapat perhatian daripada Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang memberi bantuan kepada mereka.

Bantuan sebanyak RM1,300 diserahkan Presiden MTRK, Azmi Ali, kepada Rokiah Che Min, 46, semalam, bagi meringanka­n beban keluarga itu.

Rokiah mendiami rumah pusaka keluarga yang semakin usang sejak 10 tahun lalu bersama lapan anak berusia antara lima hingga 25 tahun.

Rokiah yang bekerja sebagai tukang sapu berkata, kesusahan mereka sekeluarga semakin ketara selepas suaminya, Ayub Sulaiman meninggal dunia akibat serangan jantung pada September 2014.

“Kesempitan hidup yang dialami menyebabka­n saya terpaksa menyerahka­n anak keenam, Siti Asiah Ayub, 13, di Rumah Anak Yatim Dhuafa Siti Aminah, Pasir Pekan sejak tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) Mukim Kutan, Wan Abdul Malik Wan Mamat dan Pentadbir Mukim Kutan, Abdul Kadir Yaakob.

Hidup daif

Azmi berkata, Rokiah dan anaknya bukan saja terpaksa tidur berhimpit dalam rumah yang hanya memiliki sebuah bilik malah terpaksa menahan panas dan hujan akibat bumbung rumah yang bocor.

“Kita akan cuba memohon pembinaan rumah baharu yang lebih selesa sama ada daripada Kerajaan Pusat ataupun negeri me-lalui bantuan rumah kepada rakyat miskin dan hasrat Rokiah mungkin tercapai memandangk­an dia mempunyai tanah sendiri di kediaman asal yang diduduki mereka sekarang,” katanya.

 ?? [FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] ?? Azmi menyampaik­an sumbangan kepada Rokiah di rumahnya di Kampung Pasir Pekan, Tumpat, semalam.
[FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] Azmi menyampaik­an sumbangan kepada Rokiah di rumahnya di Kampung Pasir Pekan, Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia