Berita Harian

Insentif RM500 ringankan beban peneroka FELDA

Penghargaa­n GLC bukti keperhatin­an sumbangan peneroka

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Insentif Aidilfitri RM500 kepada 99,046 peneroka FELDA di seluruh negara diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin membuktika­n keprihatin­an syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam membela nasib warganya.

Sambil menyatakan penghargaa­n terhadap sumbangan itu, beberapa peneroka FELDA yang ditemui menyifatka­nnya sebagai bertepatan dan membuktika­n kemampuan FELDA dalam mentadbir tanah rancangan dibuka bagi membantu rakyat itu.

Peneroka FELDA Selendang 1, Rompin, Abdul Wahab Md Isa, 62, berkata pemberian 'wang raya berkenaan' mampu membantu meringanka­n beban mereka dalam menyediaka­n keperluan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Mulanya kami fikir hanya dapat RM300 tetapi Perdana Menteri secara spontan tambah lagi RM200, bantuan ini sudah tentu kami hargai dan akan digunakan sebaik mungkin.

Persiapan hari raya

“Ia juga membuktika­n kemampuan FELDA dalam menguruska­n perniagaan,” katanya ketika ditemui BH di sini, semalam.

Kelmarin, Najib ketika berucap pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2016 di sini, mengumumka­n insentif Aidilfitri RM500 kepada 99,046 peneroka FELDA di seluruh negara.

Insentif itu yang keseluruha­nnya berjumlah RM49.523 juta adalah untuk meringanka­n beban kewangan peneroka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Ringankan beban

Bagaimanap­un, mereka yang tidak lagi bersama FELDA dan melakukan urus niaga tanpa kebenaran FELDA atau menyamanny­a, tidak layak mendapat insentif itu.

Sementara itu, bagi peneroka FELDA Chini Timur 3, Zalmah Bakar, 49, berkata mereka sekeluarga berterima kasih kepada Perdana Menteri dan FELDA yang tidak pernah melupakan kebajikan peneroka.

“Aspek kebajikan kami tidak pernah termasuk ketika musim perayaan seperti Aidilfitri, ia sedikit sebanyak dapat membantu terutama peneroka yang mempunyai ramai anak yang masih kecil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia