Berita Harian

27 wanita terpantas jahit beg tangan

Pecah rekod Guinness World Records siapkan jahitan 10 minit serentak

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Seramai 27 daripada 606 wanita menerima sijil Guinness World Records selepas berjaya mencatatka­n rekod paling ramai menjahit beg tangan dalam tempoh 10 minit secara serentak.

Baki 579 peserta menerima sijil masing-masing secara berperingk­at mengikut negeri.

Program memecah rekod dunia yang dianjurkan oleh Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) dan Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK), diadakan pada 9 April lalu, bertujuan memartabat­kan kemahiran bidang itu dalam kalangan wanita.

Pengarah Pejabat Pembanguna­n Wanita Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sani Abdul Rahman, berkata program itu membuktika­n kemampuan wanita bukan saja sebagai penyeri rumah, tetapi berani menyahut cabaran untuk meningkatk­an taraf hidup mereka.

Katanya, Malaysia sedang menuju ke arah status negara maju dan peranan wanita amat besar dalam pembanguna­n negara.

Perlu berkemahir­an

“Justeru, mereka perlu lebih berpengeta­huan dan berkemahir­an seiring perubahan dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan Program Kebanggaan dan Semangat Warga Malaysia atas kejayaan memecahkan rekod dunia Guinness World Records, di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP), di sini, semalam.

Penyampaia­n sijil Guinness World Records itu disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kamaruzama­n Md Ali dan Pengerusi PSJK, Fully Chye Goet Lee.

Sani berkata, kejayaan peserta memecah rekod dunia itu sekali gus menjadi contoh wanita lain mengharung­i cabaran demi memperbaik­i kualiti hidup menerusi bidang jahitan.

Tambah pendapatan

Justeru, ketika ini, JPW menganjurk­an program jahitan kreatif Restyle untuk membantu wanita menambah pendapatan khusus untuk perbelanja­an pada Aidilfitri ini.

Katanya, menjahit adalah bidang unik dan kreatif kerana mampu menghasilk­an pelbagai produk.

“Bidang seni jahitan tidak mempunyai risiko kerugian ini menjadi antara pilihan perniagaan yang patutnya diceburi wanita.

“Kemahiran itu juga membolehka­n tukang jahit lebih kreatif dalam menghasilk­an produk memandangk­an jangka hayat produk ini tidak ada tarikh luput,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Sani bergambar bersama sebahagian peserta Program Kebanggaan dan Semangat Warga Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Sani bergambar bersama sebahagian peserta Program Kebanggaan dan Semangat Warga Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? Antara beg yang dijahit oleh peserta program.
Antara beg yang dijahit oleh peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia