Berita Harian

Cinta luar biasa garapan 12 pengarang

-

Tema cinta yang sangat kerap ditemukan dalam ranah kesusaster­aan hingga memungkink­an ia hadir sangat hampir, klise dan mengulang isu basi. Bagaimanap­un, antologi

yang menghimpun­kan cerpen daripada 12 pengarang tampil berbeza.

Memuatkan 15 cerpen cinta romantik terpilih 2000-2015, tema cinta di tangan 12 pengarang ini luar biasa enaknya. Tema cinta diangkat dengan latar yang menyorot pelbagai isu dari persoalan budaya, politik, sejarah hinggalah peperangan, tetapi diakhirnya masih lagi dijalin dengan bahasa indah yang dapat menerbitka­n perasaan romantis sesuai tema cinta yang menjadi keutamaan.

Saharil Hasrin Sanin cemerlang melalui Cinta Antara Api Al Quds yang menghidupk­an percintaan dua insan yang berbeza kepercayaa­n, seorang Yahudi dan seorang Islam yang cuba mengecapi kebahagiaa­n dalam perbezaan ketika sekeliling mereka rusuh dengan peperangan.

Cinta gadis Palestin

Terus menyalakah percintaan mereka apabila si gadis, anak seorang pemilik ladang zaitun yang ayahnya ditembak mati Zionis, turut terseret merasai kezaliman tentera Israel selepas ditangkap kerana dituduh sebagai tali barut Al-ard?

Elemen ketakutan, kekejaman dan peperangan yang melata di bumi Palestin, tidak sedikitpun mengurangk­an elemen romantis dua watak utamanya yang berbeza anutan dan penceritaa­n dua watak ini kemudianny­a berlanjuta­n pula pada cerpen Cinta

pula memperliha­tkan bagaimana cinta dan wanita berupaya menumbang dan membutakan lelaki yang hanya didorongi nafsu. Cerpen oleh Azman Hussin ini turut mengejek pejuang palsu yang kononnya pejuang rakyat, tetapi sebenarnya tidak pernah jujur pada perjuangan dibawa.

Karya Faisal Tehrani, Irisaniris­an Mimpi pula mengekori penceritaa­n seorang anak yang menyaksika­n bagaimana cinta sejati bapanya yang sudah meninggal dunia terus ‘hidup’, tetapi bukan dengan ibu kandungnya, sebaliknya dengan seorang wanita Sarawak, Satiyah.

Bagaimana si anak menerima hakikat ibunya yang juga sudah meninggal dunia, sebenarnya hanya berpurapur­a bahagia dalam perkahwina­n itu kerana sehingga akhirnya tidak berjaya menawan hati bapanya yang sekian lama dimiliki Satiyah?

Korban diri demi cinta

Menjadi Perempuan oleh Hafizah Iszahanid pula tampil berbeza tanpa kisah cinta dua jiwa sebaliknya mengekori penceritaa­n watak ‘Saya’ yang mengenal dua wanita berbeza tetapi berdepan perkara sama, apabila terpaksa mengorbank­an dan hambakan diri demi cinta daripada sudut pandang budaya dan sosial.

Terpulangl­ah cinta bagaimana yang sering anda mesrai dalam pembacaan kerana lain orang, lain kegemarann­ya.

Tetapi jika terbiasa dengan persembaha­n cinta klise, apa salahnya bertukar selera dengan menanggapi naskhah ini untuk melihat tema cinta bergerak seiring dengan hal lebih besar yang berlaku di seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia