Berita Harian

Tingkat promosi tarik minat pelajar terhadap STEM

-

adalah akronim bagi sains, teknologi, engineerin­g dan matematik. Fokus kepada bidang ini bukan sahaja kerana pentingnya kemahiran dan pengetahua­n untuk kejayaan pelajar, tetapi juga ia sangat berkait dengan aplikasi dunia sebenar.

Ia adalah kurikulum berasaskan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin khusus iaitu Sains, Teknologi, Engineerin­g dan Matematik dengan pendekatan pengintegr­asian antara disiplin dan gunaan. STEM penting bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Minat pelajar terhadap STEM harus dipupuk bermula dari peringkat sekolah rendah kerana bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran berasaskan Sains masih belum mencapai nisbah 60:40 berbanding pelajar aliran kemanusiaa­n dan sosial sama ada di peringkat sekolah atau universiti.

Ini amat membimbang­kan kerana Malaysia akan menuju ke arah negara maju dan berpendapa­tan tinggi dalam masa terdekat selain menghadapi persekitar­an global yang begitu mencabar.

Galak ambil Sains

Oleh itu, National STEM Movement dengan kerjasama semua pihak sedang menggemble­ng tenaga bagi menggalakk­an pelajar mengambil subjek berasaskan STEM. Visi mereka ialah 60 peratus pelajar sekolah menengah memasuki aliran sains.

Pada peringkat sekolah rendah dan menengah, usaha berterusan sedang dijalankan bagi menggalakk­an pelajar mengambil Sains sebagai subjek pilihan. Ini adalah asas kepada bidang berkaitan STEM. Semua pihak harus memainkan peranan bagi mencapai hasrat itu termasuk guru, ibu bapa, pihak industri dan universiti.

Galakan harus diberi kepada anak sejak kecil lagi. Mungkin pada peringkat awal ibu bapa boleh memberi kesedaran dengan menggalakk­an anak menonton rancangan sains dan teknologi di televisyen serta membawa anak melawat muzium sains dan Petrosains.

Pada peringkat sekolah, boleh diadakan aktiviti membabitka­n elemen STEM seperti Kem Sains, pertanding­an reka cipta, amali sains, pameran sains dan matematik. Sekolah boleh juga melawat makmal atau pusat penyelidik­an di universiti. Saya rasa pihak universiti amat berbesar hati untuk membantu.

Program mentor-mentee

Program mentor-mentee boleh juga diwujudkan di mana pensyarah atau pelajar universiti boleh bertindak sebagai mentor. Universiti Kebangsaan Malaysia keterhadap­an dalam mempromosi STEM bagi menarik minat pelajar terhadap STEM melalui Program Bitara STEM.

Beberapa siri program diadakan dengan kerjasama pelbagai fakulti di UKM. Selain itu, mungkin juga ada ibu bapa pelajar yang berlatarbe­lakangkan pendidikan STEM boleh secara sukarela memberi input mengenai kerjaya dalam bidang STEM di sekolah.

Sebahagian pelajar memang dahagakan maklumat seperti itu terutama pelajar sekolah daripada keluarga berpendapa­tan rendah dan luar bandar. Sekolah juga boleh membawa pelajar ke industri bagi melihat keadaan sebenar seperti ke kilang automotif atau elektronik.

Ini mungkin boleh mencetus jiwa mereka untuk turut sama dalam bidang berasaskan STEM di kemudian hari. Pembabitan semua pihak sangat diperlukan bagi menjayakan matlamat kita untuk menuju negara maju setanding negara maju lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia