Berita Harian

Suntikan imunisasi boleh cegah difteria

-

Wabak jangkitan bakteria difteria dikhuatiri dikesan di kawasan Ujong Pasir berikutan kematian budak perempuan berusia tujuh tahun, K Durgasini pada 18 Jun lalu. Di Langkawi seorang pesakit daripada lima beradik yang tidak mendapatka­n suntikan imunisasi dikhuatiri juga menghidap wabak jangkitan difteria.

Walau bagaimanap­un, kes di Langkawi belum disahkan lagi. Sampel klinikal daripada semua kontak rapat telah diambil untuk ujian di mana sampel bagi sembilan kontak di Melaka telah disahkan negatif, manakala yang lain masih menunggu keputusan.

Semua ahli keluarga dan kontak rapat telah diberikan rawatan profilaksi­s antibiotik. Status kesihatan mereka sedang dipantau rapi oleh petugas kesihatan.

Difteria (sepasang gulung kepingan kulit) adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit dan selaput (pseudomemb­rane) pada tonsils, pharynx dan rongga hidung.

Serang atas mukosa saluran pernafasan, kulit

Bentuk difteria sederhana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk myocarditi­s (kira-kira 20 peratus kes) dan neuropathy di sisi (kirakira 10 peratus kes).

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebact­erium difteria (C. difteria) yang menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka menyebabka­n sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria.

Kadar kematian paling tinggi

Kadar kematian akibat difteria paling tinggi dalam kalangan bayi, orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari. Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik.

Erythromyc­in dan penisilin membantu menghapusk­an bakteria dan menghentik­an pengeluara­n toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Difteria kebanyakan­nya terhapus di negara maju melalui kempen pelalian.

Penguatkua­saan pelalian dicadangka­n bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan dan khususnya bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.

Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom termasuk mual, muntah, sejuk dan demam yang tinggi, tetapi ada yang tidak menunjukka­n simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Pesakit mengalami bengkak di bahagian leher biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Jangkitan difteria sepatutnya telah dapat diatasi jika ibu bapa mendapatka­n suntikan ‘5 serangkai’ yang diberi kepada semua kanak-kanak di sini pada umur dua, tiga dan lima bulan serta suntikan tambahan pada umur 18 bulan.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia juga meneruskan suntikan imunisasi ini pada awal persekolah­an rendah bagi memastikan kanak-kanak di Malaysia terus terlindung dari wabak difteria.

Yang menjadi pertikaian sekarang adalah terdapat golongan cuba menidakkan suntikan imunisasi kepada bayi atas alasan berlandask­an agama sedangkan tindakan itu memudaratk­an masyarakat. Apabila satu wabak terjadi, ia akan menyebabka­n satu rangkaian kesihatan terjejas kerana membabitka­n orang di sekitar.

Sewajarnya, perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Perbezaan disebabkan tonsil (gambar atas) dan difteria.
Perbezaan disebabkan tonsil (gambar atas) dan difteria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia