Berita Harian

Demokrat protes, duduk atas lantai debat isu senjata

-

Washington: Ahli parti Demokrat di Kongres Amerika Syarikat berjanji untuk terus mendesak pengundian undang-undang keselamata­n senjata, semalam.

Undang-undang itu masih gagal diundi di Kongres walaupun selepas insiden pembunuhan beramai-ramai tercetus di sebuah kelab malam di Orlando.

Babak duduk di atas lantai Kongres itu adalah di luar jangkaan, ia bermula selepas Demokrat mengambil alih perjalanan dewan itu, kelmarin sehingga mendorong Speaker Republikan Paul Ryan menamatkan sesi pada lewat malam.

Ryan menyelar protes itu hanya untuk meraih publisiti, beliau enggan membenarka­n pengundian untuk dua undangunda­ng yang dituntut ahli Demokrat.

Ia adalah untuk memperluas­kan pemeriksaa­n latar belakang pekerja asing dan menghalang individu dalam senarai pemerhatia­n keganasan dan sekatan penerbanga­n daripada membeli senjata.

Gesa tenang keadaan

Sebaliknya, beliau menggesa pengundian untuk isu tidak berkaitan untuk menenangka­n keadaan, ketika ahli Demokrat melaungkan “Tiada pengundian undangunda­ng, tiada waktu rehat!” merujuk kepada cuti 7 Julai, waktu sidang Kongres ditangguhk­an.

Ahli Demokrat yang mengetuai protes itu, John Lewis turut bertindak mempersoal­kan, “Beranikah kamu untuk sekurangku­rangnya memberi ruang supaya keganasan senjata di Amerika dihentikan?”

Drama di dewan itu bermula sebelum tengah hari dengan Lewis dan berpuluhpu­luh ahli dewan lain duduk di lantai permaidani di tengah-tengah dewan.

Selepas 15 jam protes itu berlangsun­g, pegawai bertugas menangguhk­an dewan untuk dua minggu dan ahli Republikan mula meninggalk­an bangunan terbabit.

Namun sejumlah 20 ahli Demokrat kekal di lantai dewan ketika pemimpin parti memikirkan langkah seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia