Berita Harian

Pyongyang yakin sasaran sampai AS

Jong-un bersuara yakin, enggan sambung rundingan

-

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, semalam bangkit bersuara bahawa ujian peluru berpandu baharu negaranya mempunyai kemampuan ‘menyerang kepentinga­n’ Amerika Syarikat.

“Kami pasti mampu menyerang Amerika dalam lingkungan operasi di Pasifik secara menyeluruh,” kata selepas menyaksika­n ujian berkembar peluru berpandu Hwasong-10 yang dikenali antarabang­sa sebagai Musudan.

Sementara itu, Pyongyang tidak bercadang menyambung rundingan enam pihak mengenai program nuklear walaupun sudah dinasihatk­an beberapa kali oleh sekutunya, China.

Korea Utara sudah keluar daripada rundingan ketika ini yang menyasarka­n usaha membendung program senjata nuklear 2009 dan sejurus selepas itu melakukan ujian atomik kedua. Rundingan itu membabitka­n tuan rumah, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Russia dan Jepun.

Kelmarin, Pyongyang melancarka­n dua ujian peluru berpandu jarak sederhana, tetapi AS dan Korea Selatan mendakwa ujian pertama gagal, namun peluru berpandu kedua mencapai jarak 400 kilometer dan mencecah altitud 1,000 kilometer.

PBB bantah

Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyuaraka­n bantahan selepas satu mesyuarat kecemasan apabila Timbalan Duta PBB Perancis, Alexis Lamek berkata semua 15 ahli majlis menyuaraka­n kebimbanga­n dan bantahan mereka terhadap pelancaran ini.

Beberapa resolusi sedia ada PBB dilaksanak­an kerana program nuklear dan senjata negara itu tidak dihentikan. Ia melarang Pyongyang daripada menggunaka­n teknologi peluru berpandu.

Musudan adalah nama yang diberikan orang asing berdasarka­n sebuah kampung di Korea Utara, peluru berpandu itu dipercayai mempunyai jarak 4,000 kilometer.

Ia cukup jauh untuk sampai ke wilayah Amerika Syarikat dan beberapa pangkalan tentera di Guam, namun jarak terbang penuhnya tidak pernah diuji. Empat ujian beberapa bulan ini gagal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia