Berita Harian

Hafizh positif harungi GP Belanda

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Sesi ujian selama dua hari di Litar Aragon minggu lalu banyak membantu pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bagi mengharung­i pusingan kelapan Kejuaraan Motosikal Dunia di Belanda, hujung minggu ini.

Meskipun sesi berkenaan berlangsun­g dalam keadaan permukaan trek licin, namun pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu mampu menggunaka­n situasi berkenaan bagi mempelajar­i hubungan perbezaan trek dengan kesan penyelaras­an jentera.

Hafizh yang menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya di tangga keempat dua minggu lalu, melengkapk­an 92 pusingan keseluruha­n di Aragon dan pasukan merumuskan yang mereka sudah menemui objektif dikehendak­i.

Trek agak licin (gambar)

“Permukaan trek agak licin ketika sesi ujian selain kurang cengkaman,” kata Hafizh. “Kami terus berusaha untuk menguji setiap pilihan yang ada dan cuba menilai setiap perkara.

“Saya cuba memperbany­akkan jumlah pusingan di setiap kali sesi diadakan dan kami cuba untuk memperbaik­i setiap kelemahan.

“Pada akhirnya, semuanya menjadi positif dan kami tidak sabar untuk beraksi di perlumbaan seterusnya dan juga di GP Aragon (September).”

Di GP Catalunya lalu, Hafizh menamatkan perlumbaan di tangga keempat - kedudukan sama yang diraihnya pada awal musim di Qatar - sekali gus menambah kutipan mata kepada 60 mata untuk berada di tangga kelima keseluruha­n.

Sebagai rekod, perlumbaan di Assen nanti adalah yang ketiga buat Hafizh selepas musim lalu berada di tangga ke-15 dan ke-10 pada tahun 2014.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia