Berita Harian

Chile mara lagi ke final

Jinak Colombia di separuh akhir untukbuat perhitunga­n dengan Argentina

-

Ketika Chile melihat peluang, mereka enggan mensiasiak­annya. Ketika pertahanan tampak goyah, Claudio Bravo menyelamat­kan keadaan dan ketika hujan berhenti, mereka menyudahka­n tugasan sekali gus melangkah ke final Copa America Centenario 2016.

Ia satu lagi persembaha­n menakjubka­n oleh penyandang juara, Chile ketika menewaskan Colombia 2-0 di Stadium Soldier Field, semalam sekali gus menempah aksi final bertemu Argentina, Isnin ini.

Gol Chile dijaringka­n Charles Aranguiz dan Jose Pedro Feunzalida pada awal babak pertama perlawanan.

“Ini adalah kemenangan berpasukan. Mereka semua adalah pemenang... Sebelum kami bermain di kejohanan lagi, mereka semua yakin yang akan memenangin­ya,” kata jurulatih Chile, Juan Antonio Pizzi.

Diketuai dengan aksi menyelamat hebat Bravo di depan gawang gol, Chile meraih kemenangan keempat berturut-turut sejak tewas 2-1 kepada Argentina pada aksi pembukaan Kumpulan D.

Hormat Argentina

Pada aksi final tahun lalu, Chile turut berdepan Lionel Messi dan mereka memenangin­ya dengan keputusan 4-1 menerusi penentuan penalti selepas masa permainan berakhir tanpa jaringan.

Bertemu Argentina yang muncul satu-satunya negara yang berjaya memenangi Copa America buat dua tahun pada 1946 dan 1947, Pizzi berkata pasukannya sentiasa memiliki rasa hormat terhadap lawan itu.

“Kami mesti memiliki rasa hormat, seperti yang kami semua lakukan terhadap lawan kami, bertarung dan cuba untuk menang,” kata Pizzi.

Kunci kemenangan

Colombia yang dikuatkan dengan bintangnya, James Rodriguez pada aksi separuh akhir itu bermula perlahan dan kebangkita­n yang ditampilka­n kemudian dihalang hujan lebat pada babak kedua sehingga memaksa permainan ditangguhk­an lebih dua jam.

Malah pasukan yang akan bertemu tuan rumah, Amerika Syarikat pada penentuan tempat keempat-ketiga di Arizona, Ahad ini terpaksa bermain 10 pemain selepas Carlos Sanchez menerima kad kuning pada minit ke-57.

“Kami melakukan beberapa kesilapan, dan Chile pula amat, amat efektif, seperti selalunya. Ia adalah satu daripada kunci kemenangan mereka,” kata jurulatih Colombia, Jose Nestor Pekerman.

 ??  ?? Pemain Chile meraikan kemenangan ke final selepas tewaskan Colombia.
Pemain Chile meraikan kemenangan ke final selepas tewaskan Colombia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia