Berita Harian

Ibrahimovi­c tinggalkan pentas antarabang­sa

Namun akhiri aksi bersama Sweden dengan perasaan kecewa

-

Sweden mengucapka­n selamat tinggal kepada Zlatan Ibrahimovi­c dalam suasana yang meriah, namun tanpa jaringan apabila tersingkir daripada Euro 2016 selepas tewas 1-0 di tangan Belgium, awal pagi semalam.

Pemain terkemuka dunia itu menamatkan 116 penampilan antarabang­sa dengan 62 jaringan namun tidak merakam sebarang cubaan dalam tiga perlawanan bersama Sweden di Euro 2016.

Ibrahimovi­c seakan tidak dapat menerima penyingkir­an Sweden di peringkat kumpulan namun dia berbangga apabila muncul daripada ‘individu tanpa nama’ kepada penjaring terbanyak Sweden.

“Keputusan yang berat untuk diterima dan mengecewak­an namun saya tetap menikmatin­ya.

Tetap bersyukur

“Ini perlawanan terakhir saya untuk skuad kebangsaan. Saya memiliki banyak kenangan yang manis dan ia satu perjalanan yang menarik kerana saya tiada apa apa tetapi saya mampu membuatkan Sweden menjadi negara saya,” katanya.

Ibrahimovi­c, 34, dilahirkan oleh bapanya berketurun­an Bosnia dan ibu berketurun­an Croatia di kejiranan Malmo berhampira­n Rosengard dengan dia mengalami masa kanakkanak yang sukar.

“Saya mengharapk­an penamat yang lebih baik untuk dia,” kata pengendali Sweden, Erik Hamren yang mengakui dia kehilangan pemain berbakat luar biasa.

“Saya mengharapk­an kami dapat mencari pemain sepertinya namun saya pasti kita tidak akan menjumpai pemain unik seperti Zlatan di negara sekecil Sweden,” katanya.

Ibrahimovi­c turut mengucapka­n terima kasih atas sokongan yang membolehka­n ‘dia mencapai segala yang sudah diraih dalam kariernya.’

“Di mana sahaja saya akan pergi, saya akan sentiasa membawa bendera Sweden dan berbangga untuk mengibarka­nnya. Jadi tiada langsung kekecewaan. Saya begitu bersyukur dan terima kasih kepada anda semua.”

Penyerang berbakat itu menjuarai kejuaraan liga di mana sahaja dia beraksi iaitu di Belanda, Itali, Sepanyol serta Perancis namun dia masih lagi belum merangkul Liga Juara Juara.

Penampilan antarabang­sa pertamanya adalah ketika menentang Kepulauan Faroe pada Januari 2001 namun dia hanya mampu membawa Sweden mara sejauh ke peringkat suku akhir pada kejohananu­tama.

Dia gagal menyempurn­akan sepakan penalti penentuan ketika tewas di tangan Belanda pada Euro 2004 dengan penampilan Sweden di Euro seterusnya hanya sekadar di peringkat kumpulan.

Ibrahimovi­c juga pernah mencetus kontrovers­i ketika dia menyatakan Piala Dunia 2014 ‘tidak berbaloi untuk disaksikan’ selepas Sweden tewas di tangan Portugal pada aksi play-off.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia