Berita Harian

Coman pemain terpantas

-

Paris: Kelajuan adalah aset penting buat pemain bola sepak profesiona­l kerana pemain yang pantas mampu meninggalk­an lawannya di belakang dan memiliki ruang yang mampu mencipta gol mahupun melakukan umpanan gol.

Di Euro 2016, statistik daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mendedahka­n sayap Perancis, Kingsley Coman adalah pemain terpantas pada Euro 2016 setakat ini.

Pemain Bayern Munich yang dipinjamka­n daripada Juventus itu merakamkan kepantasan menakjubka­n 32.8 kilometer sejam ketika aksi Perancis menentang Switzerlan­d.

Meskipun baru berusia 20 tahun, dia sudah mendapat pengalaman beraksi di tiga kelab gergasi Eropah iaitu Paris Saint Germain, Juventus dan Bayern Munich.

Dianggap sebagai antara pemain muda berpotensi besar dalam generasiny­a, Coman adalah pemain yang lincah, berbakat dan memiliki kemahiran teknikal sebagai pemain sayap dengan kebolehan menggelece­k yang baik serta memiliki kepantasan.

Lincah setiap posisi

Dia boleh beraksi sama ada di bahagian sayap mahupun sebagai pemain tengah menyerang dan penyerang,

Meskipun dia adalah pemain berkaki kanan, namun dia lebih suka beraksi di bahagian sayap kiri kerana posisi terbabit membolehka­n dia menewaskan lawan secara satu lawan satu menggunaka­n kaki kanannya untuk melakukan cubaan ke arah gol ataupun mencipta peluang untuk rakan sepasukann­ya.

“Saya beraksi selaku penyerang di Juventus yang mana ia adalah posisi yang bukan menjadi kekuatan saya. Namun saya beraksi dengan lebih baik apabila menyesuaik­an diri dengan taktikal Pep Guardiola di Bayern Munich.

“Saya lebih suka beraksi di bahagian kiri meskipun saya bermain dengan baik di posisi sayap kanan,” katanya.

Coman melakukan penampilan pertama buat Perancis pada 13 Mac 2015 ketika aksi persahabat­an antara Perancis menentang Jerman di Stade de France apabila masuk menggantik­an Anthony Martial pada minit ke-69.

Dia meledak gol pertama bersama Les Bleus juga di Stade de France pada 29 Mac 2015 apabila dia menyudahka­n hantaran Dimitri Payet untuk Perancis meraih kemenangan 4-2 ke atas Russia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia