Berita Harian

Sorak Goool! di Bukit Jalil temukan sahabat lama, penyokong Portugal

Program ketiga di Restoran Al Barkath turut tarik lebih 200 penonton

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Program Sorak Goool! anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) sempena Euro 2016 di lokasi ketiga kelmarin, bukan saja meriah, malah dianggap istimewa.

Ini kerana ia turut berjaya membantu menemukan beberapa sahabat lama yang terpisah selepas masing-masing melanjutka­n pengajian di institut pengajian tinggi termasuk luar negara.

Pelajar Universiti Malaya, Nor Fazrina Mohd Gani berkata dia gembira kerana dapat bertemu kembali lapan rakannya yang terpisah sejak beberapa tahun lalu di Restoran Al Barkath, Jalan Lebuh Ampang, Bukit Jalil yang menjadi venue program.

Perlu diteruskan

“Saya memang seronok dapat datang ke sini. Selain dapat menyertai program Sorak Goool, ia juga berjaya menemukan saya dengan kawan-kawan lama.

“Bila dapat lepak dan sertai aktiviti di sini saya dapat bersembang bermacam-macam topik sambil tengok bola bersama mereka," katanya yang popular dengan nama Eryn Gani, yang juga pemenang tempat kedua rancangan Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2016.

Dalam pada itu, lebih 200 penonton membanjiri Restoran Al Barkath bagi menyaksika­n siaran langsung perlawanan Portugalhu­ngary menerusi skrin gergasi yang dipasang di situ.

Selain menyaksika­n perlawanan, penonton turut berpeluang menyertai beberapa aktiviti sampingan seperti pertanding­an sepakan penalti, sorakan, freestyle, foosball, skil gelecek, sesi bergambar dengan bola gergasi serta permainan Xbox.

Sementara itu, pelakon filem Ola Bola, Muhammad Luqman Hafidz Mohd Fauzi atau Ali yang terkenal dengan tagline 'Kita menang samasama, kita kalah sama-sama', berkata program Sorak Goool! perlu diteruskan untuk perlawanan lain seperti Piala Suzuki AFF 2016 dan Piala FA kerana ia berjaya menarik minat ramai pengunjung.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Peserta pertanding­an gaya sorak gol menunjukka­n bakat.
Peserta pertanding­an gaya sorak gol menunjukka­n bakat.
 ??  ?? Penonton menunjukka­n skil mengawal bola.
Penonton menunjukka­n skil mengawal bola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia