Berita Harian

Belgium laung amaran selepas benam Sweden

-

Nice: Pengendali Belgium, Marc Wilmots memberi amaran kepada pasukan lawan betapa Belgium mampu menghukum pasukan yang terlalu memberi banyak ruang kepada anak buahnya selepas merakam kemenangan 1-0 ke atas Sweden, semalam.

Wilmots dikritik selepas pasukannya yang dibarisi pemain berbakat membuka kempen Eropah dengan langkah kiri apabila tewas 2-0 di tangan Itali, namun bangkit membelasah Republik Ireland 3-0 dan memenangi perlawanan terakhir kumpulan menentang Sweden.

Kemenangan yang disumbangk­an menerusi jaringan lewat permainan oleh pemain tengah, Radja Nainggolan membolehka­n The Red Devils mara ke pusingan kelompok 16 terbaik bertemu Hungary.

"Mereka terlalu banyak memberikan ruang kepada pemain kami dan jika anda beraksi sedemikian, anda pastinya akan dihukum.

"Enam daripada sembilan mata adalah catatan yang agak bagus dan kami bangkit memperaga aksi yang lebih baik dengan tidak dibolosi Kapten Belgium dalam dua perlawanan selepas tewas di tangan Itali.

Sangka tersingkir

"Ramai menyangkak­an kami akan tersingkir selepas perlawanan pertama namun kami kembali di landasan yang tepat dan berjaya mara daripada kumpulan yang sukar," kata Wilmots.

Sementara itu, pemain Belgium turut berhati-hati dan enggan memandang rendah keupayaan Hungary.

"Menentang Hungary pastinya memberikan saingan yang sengit. Kami melihat aksi mereka ketika bertemu Portugal.

"Mereka memberikan 200 peratus di atas padang dan memiliki pemain yang bagus. Kami perlukan persembaha­n yang lebih meyakinkan untuk mara ke suku akhir," kata kapten pasukan, Eden Hazard.

"Aksi di pusingan kalah mati begitu terbuka. Mereka juga adalah pasukan yang sukar ditewaskan jadi saya tidak melihat Hungary sebagai lawan yang mudah," kata penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia