Berita Harian

Cerita kehebatan aksi Iceland berterusan

-

Saint-denis: Gol kemenangan lewat permainan. Tempat ke kedudukan kalah mati. Bermain dalam pusingan 16 terbaik berdepan England.

Ia tidak boleh menjadi lebih baik buat pasukan kerdil Iceland.

Selepas mencipta cerita yang hebat dalam Kejohanan Eropah, pasukan dari negara paling kecil pernah bersaing dalam kejohanan itu menewaskan Austria 2-1 semalam untuk mara dari Kumpulan F.

Dan hadiah untuk hari terhebat dalam sejarah bola sepak Iceland Jurulatih Iceland ialah: berdepan hero mereka dari England di Nice Selasa nanti.

“Orang Iceland tahu semuanya mengenai bola sepak England,” kata jurulatih Iceland, Heimir Hallgrimss­on. “Kami peminat sejati bola sepak England.”

Traustason muncul wira

Arnor Ingvi Traustason mencipta kemenangan buat Iceland, empat minit dalam masa kecederaan, menyempurn­akan serangan balas pantas ketika Austria melakukan serangan bagi mencari gol yang mampu membawa mereka ke kelompok 16 terbaik berbanding lawan mereka itu.

Selepas menjaringk­an gol itu pada aksi terakhir perlawanan, Traustason dikerumuni pemain termasuk simpanan dan pegawai Iceland yang memasuki padang untuk meraikanny­a.

Keseluruha­n skuad kemudianny­a berlari ke sekeliling padang untuk meraikanny­a di depan penyokong mereka.

“Ia seperti bersama keluarga anda dalam perlawanan,” kata pertahanan Iceland, Kari Arnason mengenai 10,000 penyokong pasukan itu. “Saya mengenali kira-kira 50 peratus penyokong kami atau mengenalpa­sti mereka.”

Iceland menamatkan kedudukan di tangga kedua kumpulan, di atas Portugal dan tidak tewas serta mengumpul lima mata. Austria tersingkir di kedudukan terakhir, gagal menampilka­n aksi terbaik di Perancis.

“Mungkin jangkaan terlalu tinggi,” kata jurulatih Austria, Marcel Koller.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia