Berita Harian

Pamer bisa sebenar

-

Jurulatih Portugal, Fernando Santos berkata, dua jaringan Cristiano Ronaldo berdepan Hungary membuktika­n dia sudah membuang persembaha­n buruk pada permulaan kempen dan kembali ke prestasi terbaiknya pada Euro 2016.

Ronaldo menjaringk­an dua gol hebat di Lyon semalam untuk mencatat sejarah dalam Kejohanan Eropah sebagai pemain pertama menjaringk­an gol dalam empat pusingan akhir.

Portugal bangkit daripada ketinggala­n sebanyak tiga kali untuk seri 3-3 yang memberikan mereka tempat ke kedudukan 16 pasukan terbaik dan akan berdepan Croatia di Lens Ahad ini, walaupun hanya memiliki rehat dua hari.

Ronaldo, pemain Portugal dengan rekod terbanyak 128 penampilan, menyelamat­kan negaranya dan memecahkan satu lagi rekod dengan mencipta 17 penampilan pada pusingan akhir Euro, mengatasi pemain Perancis, Liliam Thuram dan penjaga gol Belanda, Edwin van der Sar.

Mesti tingkat permainan

“Inilah sebenarnya Cristiano, kerana dia adalah pemenang dan penjaring gol, dia perlukan gol,” kata Santos.

“Ini akan meningkatk­an tahap keyakinann­ya. Dia memang pemain yang sudah yakin, tetapi ini pasti akan memberi keyakinan tambahan untuk perlawanan seterusnya berdepan Croatia.”

Pemain berusia 31 tahun itu membuka jaringanny­a dengan penuh gaya dengan menggunaka­n tumit pada minit ke-50, kemudian menerusi tandukan padu 12 minit kemudian ketika dia dua kali menyamakan kedudukan di Stade de Lyon.

Ronaldo bergelut ketika Portugal seri dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F berdepan pasukan kerdil Iceland dan Austria, ketika sepakan penalti babak keduanya terkena tiang.

Santos berkata Portugal kini mesti meningkatk­an permainan mereka berdepan pasukan yang dia tidak mahu berjumpa.

“Croatia adalah satu daripada jerung, kami memang cuba mengelak mereka,” kata bos Portugal itu. Mereka berkeduduk­an pertama dalam kumpulan disertai Sepanyol, yang menunjukka­n anda mengenai pasukan itu.

“Perkara paling penting ialah kami mara ke pusingan kalah mati.”

 ??  ??
 ??  ?? Ronaldo (kanan) meraikan kejayaan merobek gawang Hungary di Stadium Parc Olympique Lyonnais, semalam.
Ronaldo (kanan) meraikan kejayaan merobek gawang Hungary di Stadium Parc Olympique Lyonnais, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia