Berita Harian

MDEC, TM sertai Lora Alliance

Kerjasama perkukuh ekosistem IOT

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi anak syarikat milik penuhnya, VADS Lyfe Sdn Bhd menyertai Lora Alliance, persatuan bukan keuntungan terbuka untuk memacu penggunaan Internet of Things (IOT) atau Internet Kebendaan.

Kerjasama itu bertujuan berkongsi amalan terbaik untuk menyokong kesedaran, pembanguna­n dan pelaksanaa­n protokol Lora di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood, berkata sebagai agensi kerajaan yang menerajui ICT untuk Malaysia, pihaknya akan terus memacu matlamat menjadi ekonomi digital mapan maju sepenuhnya.

“Ia akan dibina di atas industri ICT domestik yang rancak, penggunaan perubahan penyelesai­an digital oleh kerajaan, perniagaan dan rakyat, serta ekosistem yang kukuh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bangunkan penyelesai­an baharu

Ketua Pegawai Eksekutif VADS Lyfe dan VADS Bhd, Massimo Migliuolo, berkata sebagai anggota Lora Alliance, pihaknya akan secara aktif membangunk­an penyelesai­an baharu untuk penawaran perkhidmat­an pintar menerusi Internet of Small Things.

“Lakaran berdasarka­n rangkaian infrastruk­tur yang meluas, pusat data, ICT dan penyelesai­an BPO, kami membolehka­n penyelesai­an bersepadu untuk peningkata­n perhubunga­n dan dunia digital,“katanya.

Antara sumbangan MDEC kepada Lora Alliance ialah mewujudkan kesedaran di seluruh negara dan serantau; bekerjasam­a dengan pemegang kepentinga­n utama untuk memacu impak pelaksanaa­n IOT dengan teknologi Lora.

MDEC juga menyokong kemasukan Lora Alliance dan anggotanya ke dalam MSC Malaysia yang menyediaka­n insentif bagi syarikat ICT untuk beroperasi di luar Malaysia sebagai kemasukan langsung baharu ke pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Sebagai penyedia perkhidmat­an komunikasi bersepadu nombor satu di Malaysia, TM berada pada kedudukan kukuh sebagai peneraju untuk memboleh dan melaksanak­an teknologi Lora di seluruh negara.

 ??  ?? Yasmin Mahmood,
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC
Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia