Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh semalam selepas Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melaporkan penguranga­n inventori lebih kecil daripada jangkaan, manakala pelabur bimbang berhubung Brexit.

Harga dagangan minyak mentah naik pada awal dagangan, dengan penanda aras global Brent dan West Texas Intermedia­te (WTI) keduaduany­a di dagang di atas AS$50 satu tong buat seketika.

Harga jatuh selepas Pentadbira­n Maklumat Tenaga (EIA) AS melaporkan simpanan susut 917,000 tong bagi minggu berakhir 17 Jun.

Sementara ia adalah penguranga­n minggu kelima berturuttu­rut, angka EIA itu lebih kecil berbanding ramalan penguranga­n 1.7 juta tong yang dibuat penganalis­is dalam kaji selidik Reuters, dan hanya kirakira satu pertiga daripada kejatuhan 5.2 juta tong yang dilaporkan pada Selasa oleh kumpulan perdaganga­n American Petroleum Institute (API).

Kontrak bulan hadapan Brent Ogos ditutup 74 sen lebih rendah, atau 1.5 peratus, pada AS$49.88 satu tong.

Dagangan hadapan minyak mentah AS pula menokok pada sesi awal mencecah AS$50.22 satu tong sebelum jatuh untuk ditutup pada AS$49.13 satu tong.

Diskaun bagi WTI untuk Disember 2016 berbanding Disember 2017 meluas sehingga AS$1.81 satu tong, diskaun terbesar dalam enam minggu.

Peniaga berkata, mereka percaya pengeluar bertanggun­gjawab bagi pergerakan itu, berikutan mereka berkemungk­inan mengunci harga 2017 di atas AS$52 satu tong.

Diskaun itu menggalakk­an pelabur menyimpan minyak bagi penghantar­an kemudian disebabkan harga hadapan yang lebih baik.

Permintaan gasolin AS untuk empat minggu sebelum ini menokok 3.9 peratus tahunketah­un, tetapi stok bahan api kenderaan naik 627,000 tong minggu lalu, sementara minyak diproses berkembang 151,000 tong.

Pelabur juga menjangka lebih banyak perubahan pasaran disebabkan putaran pasaran mata wang disebabkan spekulasi Brexit.

Pergerakan dolar AS membantu menentukan permintaan bagi minyak dikalangan pemegang dalam mata wang asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia