Berita Harian

Kaunter mewah lonjak FBM KLCI

Indeks berlegar antara 1,642.15 dan 1,634.94 sepanjang dagangan

-

tidak didagangka­n manakala 19 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.10 bilion saham bernilai RM1.43 bilion berbanding 1.35 bilion unit saham bernilai RM1.45 bilion, sebelum ini.

Ketua Penyelidik­an Kenanga, Chan Ken Yew, menyifatka­n dagangan di pasaran tempatan mengecil berikutan sikap berhati-hati para pelabur mengenai keputusan pungutan suara mengenai pengundura­n United Kingdom daripada blok Kesatuan Eropah (EU), semalam.

“Ramai yang menjangkak­an UK akan terus kekal dalam EU, namun kita masih perlu menunggu hasil pungutan suara itu,” katanya.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd dalam satu nota berkata FBM KLCI akan didagangka­n antara 1,600 dan 1,640 disebabkan pengaliran keluar dana asing daripada pasaran domestik.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.20, TNB naik 24 sen kepada RM14.24, Public Bank menambah dua sen kepada RM19.26, IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM6.50 manakala Sime Darby jatuh tujuh sen kepada RM7.45.

Dalam kalangan saham aktif, Airasia meningkat dua sen kepada RM2.66, Comintel Corporatio­n naik 6.5 sen kepada 73 sen, Bumi Armada naik 2.5 sen kepada 71.5 sen namun Borneo Oil tidak berubah pada 14.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 11.65 mata kepada 11,461.42, Indeks FBMT 100 menokok 11.13 mata kepada 11,166.82 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 12.62 mata kepada 12,011.04.

FBM 70 merosot 3.27 mata kepada 12,973.93 dan FBM Ace susut 46.03 mata kepada 5,203.93.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 2.19 mata kepada 14,131.36, Indeks Perladanga­n menambah 15.23 mata kepada 7,575.20 namun Indeks Perusahaan sebaliknya kehilangan 10.56 mata kepada 3,060.70.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan berkuranga­n kepada 750.31 juta saham bernilai RM1.38 bilion berbanding 788.03 juta saham bernilai RM1.36 bilion, sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 197.16 juta saham bernilai RM36.17 juta daripada 370.49 juta saham bernilai RM66.84 juta.

Waran turut merosot kepada 159.30 juta saham bernilai RM22 juta daripada 189.19 juta saham bernilai RM28.06 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 87.62 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (195.07 juta), pembinaan (27.98 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (273.85 juta), teknologi (49.72 juta), infrastruk­tur (10.61 juta), SPAC (12.74 juta), kewangan (29.86 juta), perhotelan (561,200), hartanah (32.80 juta), perladanga­n (21.15 juta), perlombong­an (15,000), REIT (8.32 juta) dan dana/tertutup (17,600).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia