Berita Harian

Mengenali umat Islam Miami

-

Pergerakan umat Islam di sekitar Amerika Syarikat (AS) agak terjejas selepas insiden tembak menembak di San Bernardino, California, pada 2 Disember 2015 yang mengorbank­an 14 orang dan mencederak­an 22 yang lain.

Walaupun ia berlaku di California, rata-rata warga Muslim di AS terpaksa berdepan bahang Islamofobi­a dengan waspada dan berhati-hati. Muslim di AS terpaksa berdepan protes, ejekan dan kerlingan sinis masyarakat setempat.

Rombongan Malaysia meninggalk­an Clermont pada pagi 6 Disember 2015 menuju Miami menaiki van besar Ford Transit yang boleh memuatkan sehingga 15 penumpang. Jarak perjalanan lima jam itu terasa seolah-olah terlalu lama.

Bahang insiden San Bernardino turut mempengaru­hi perasaan kami yang bercampur baur dengan rasa simpati kepada keluarga dan mangsa, marah kepada pelaku pembunuhan serta risau dengan keselamata­n diri sendiri.

Alhamdulil­lah, perjalanan kami tidak menghadapi sebarang kesulitan cuma ketika berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk ke tandas, terasa semacam diperhatik­an.

Beriktikaf di masjid

Di Miami, kami menjadi tetamu di kediaman Maulana Yusuf, keturunan Guyana dari Amerika Selatan, yang terletak di tapak laman bekas gereja seluas dua ekar yang dibeli ketika kejatuhan harga hartanah. Beliau membeli hartanah terdiri daripada sebuah rumah kecil dan gereja dengan harga RM804,000.

Seperti lazimnya, ahli rombongan lelaki akan beriktikaf di masjid sementara wanita tinggal di rumah Maulana Yusuf. Mereka menerima kunjungan warga Muslim kulit hitam serta keturunan Russia, India, Pakistan, Bangladesh dan Albania untuk mengikuti program dikendalik­an wanita rombongan Malaysia.

Pihak lelaki pula dibawa menziarahi beberapa hospital di sekitar utara Miami untuk bertemu pesakit Muslim dan bukan Muslim yang ditempatka­n di situ. Ada dalam kalangan pesakit bukan Muslim yang meminta supaya ditalkin dengan kalimah tauhid.

Kami memenuhi permin-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia