Berita Harian

Dakwah dengan jubah

-

Fesyen boleh memainkan peranan sebagai alat bantu dakwah seperti pemakaian jubah lelaki yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang menyedari kelebihan pakaian sunah sebagai bukti cinta kepada Rasulullah SAW.

Jika dulu, jubah hanya dipakai ketika menghadiri kegiatan berunsur keagamaan atau menunaikan solat jemaah di masjid, namun fungsinya sudah berubah dengan evolusi baharu sehingga ia kelihatan seperti pakaian kasual biasa yang sesuai digayakan ke mana saja.

Bahkan, golongan muda juga sudah mula tertarik untuk mengenakan jubah, khususnya dengan kemunculan pelbagai rekaan potongan moden, selain variasi warna lebih menarik berbanding jubah dahulu yang terhad kepada warna putih dan hitam sahaja.

Koleksi jubah terbaharu bersempena Ramadan dan Syawal 2016 di bawah label Lima Waktu menerusi rekaan Jubah Lima tampil memberi nilai tambah dengan memasukkan unsur dakwah bagi mengajak masyarakat terutama generasi muda menunaikan kewajipan bersolat.

Seorang pengasas label jubah Lima Waktu, Mohd Faizal Mat Noor, 30, berkata pembabitan mereka dalam dunia fesyen Islamik bukan sekadar untuk memeriahka­n industri, sebaliknya bagi mempelbaga­ikan medium dakwah seiring aliran moden masa kini.

Maksud tersirat logo

Beliau berkata, koleksi Jubah Lima memberikan nilai tambah kepada si pemakai kerana ia mengajak masyarakat terutama remaja mengingati perkara wajib iaitu solat lima waktu yang ditonjolka­n secara tersurat dan tersirat dalam rekaannya.

“Logo pada bahagian butang baju depan dan bahagian belakang bahu menggunaka­n simbol nombor lima serta bentuk obor. Nombor lima mewakili kewajipan menunaikan

 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] ??
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Jubah potongan moden pilihan lelaki yang gemar berfesyen.
Jubah potongan moden pilihan lelaki yang gemar berfesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia