Berita Harian

Dermakan wang kemenangan

-

Choate ialah juara pertanding­an memancing Piala Dunia Marlin Biru 2014 meminati aktiviti memancing ketika dia mengikut bapanya bercuti di Guatemala.

“Saya bermula pada usia yang muda. Sejak itu aktiviti memancing sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya,” katanya.

Wanita berusia 30 tahun dari Texas, Amerika ini, pengalaman awal agak melucukan apabila dia pernah mencampakk­an rod bapanya selepas hilang sabar kerana pancingnya tidak disentuh ikan.

“Ketika mulamula belajar melontar pancing, ia hampir terkena pada bapa saya. Dia menjerit apabila tali pancing pada kekili bergumpal macam sarang burung.

“Kemudian rakan ayah, Kapten David Salazar datang ke rumah. Dia (Salazar) yang banyak mengajar saya cara melontar pancing dengan betul,” katanya.

Jinakkan blue fin 404 kg

Bekerja sebagai Pengurus Akaun, apabila ada masa terluang Stephanie selalunyaa­kanmelakuk­an aktiviti memancing di perairan selatan Florida ditemani sama ada Kapten Ray Rosher atau Kapten Alex Adler yang sering bertindak sebagai tekong.

“Ray cekap mencari lubuk di sekitar perairan Miami, manakala Adler pula di Kalex. Ketika bersama Ray Rosher, saya berjaya menaikkan ikan todak,” katanya.

Stephanie pernah menjinakka­n ikan blue fin seberat 404 kilogram (kg) di Nova Scotia, Kanada dan marlin hitam, keduaduany­a bersama tekong Kapten Andy Mores.

Stephanie memenangi Blue Marlin Piala Dunia 2014 dengan mendaratka­n marlin biru perairan Kona, Hawaii yang ditemani Kapten Steve Estein. Dia menerima hadiah wang tunai kirakira RM400,000 yang kemudian didermakan kepada pertubuhan Wild Oceans.

Wild Oceans ditubuhkan pada tahun 1973 adalah organisasi yang mempromosi­kan amalan memancing teratur dan profesiona­l dengan matlamat untuk mengawal hidupan marin, terutama spesies yang diancam kepupusan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia