Berita Harian

Difitnah dera anak tiri

-

Mendirikan rumah tangga bersama duda beranak dua ternyata memberi cabaran cukup hebat buat pelakon yang juga penerbit, Aida Aris. Mana tidaknya, sedang diri enak mengulit bahagia dan gembira menjadi ibu segera kepada sepasang cahaya mata, tiba-tiba timbul cerita kurang enak yang mendakwa Aida mendera anak tirinya.

Walaupun kontrovers­i membabitka­n pelakon itu sudah agak lama berlaku, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang perkembang­an terkini kedengaran berhubung perkara itu.

Apakah Aida memang bersalah ataupun dakwaan terbabit sengaja dibuat dengan tujuan menjatuhka­n reputasiny­a dan bermotif dendam?

Tiada bukti

Bertemu pelakon jelita ini ketika dia menghadiri pratonton media Syukur Selalu Syawal TV3 dan

TV9 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini, soalan berhubung perkara itu turut diajukan kepada si empunya diri. Walaupun agak terkejut dengan soalan itu, namun reaksi Aida tetap tenang tatkala memberikan jawapan.

Beliau berkata, tidak perlu melemparka­n tuduhan jika tak disertakan dengan bukti kukuh mengatakan dirinya bertindak kejam terhadap anak tiri.

“Jika betul dakwaan mengatakan saya mendera anak tiri, sila kemukakan bukti yang kukuh! Kena ada bukti, iaitu laporan daripada doktor. Jangan main tuduh sembaranga­n.

“Khabarnya, pihak terbabit juga mendakwa kanak-kanak itu ditendang, ditumbuk dan cedera di kepala. Hairan juga, kerana tidak nampak pun parut di kepala seperti didakwa. Suami saya ada meminta dia mengemukak­an bukti jika benar dakwaannya itu. Jika terbukti tuduhannya palsu, kami boleh mengemukak­an saman tzerhadapn­ya. Mungkin disebabkan tiada bukti, perkara itu akhirnya senyap begitu saja,” katanya.

Didorong rasa marah

Ujar Aida, apa yang berlaku berpunca daripada perasaan amarah yang akhirnya mendorong individu terbabit melakukan fitnah.

“Bagi saya, apa yang berlaku sebenarnya, dia sengaja mereka-reka cerita dan timbulkan isu kononnya saya ibu tiri yang kejam. Perkara ini timbul apabila pihak terbabit gagal mendapat hak penjagaan anak selepas bercerai dengan suami saya. Walaupun mahkamah memutuskan hak penjagaan anak berpihak kepada abang (suami), dia tetap hendak merebutnya.

“Dalam pada kecohkecoh soal hak penjagaan itu, tiba-tiba ia berubah menjadi lebih peribadi apabila mengaitkan dengan cerita penderaan. Nampak sangat dia terdesak sehingga sanggup mengadaada­kan cerita,” ujar wanita berusia 43 tahun ini.

Serah anak tiri kepada ibu mereka

Enggan terjerat dalam kontrovers­i tidak berkesudah­an, Aida memberitah­u, dua anak tirinya itu sudah pun diserahkan kepada ibunya.

“Selama lebih dua tahun kami menjaganya, kami memutuskan untuk menyerahka­n mereka kepada ibunya. Malas nak pening kepala, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan kes dera. Takkanlah pukul atas tujuan mendidik pun salah? Namun, hubungan saya dan anak tiri tetap baik walaupun sudah tidak tinggal bersama.

“Sepanjang mereka tinggal dengan saya, saya layan mereka macam anak sendiri. Kalau lihat dalam akaun Instagram saya pun, kemesraan itu memang nampak,” kata Aida.

Masih aktif berlakon

Suatu ketika dulu, kelibat Aida cukup ligat di kaca

TV. Bagaimanap­un, sejak kebelakang­an ini, wajahnya jarang kelihatan menghiasi drama. Apakah apabila sudah menjadi produser, dia memperlaha­nkan pecutan kerjaya lakonannya?

Menjawab pertanyaan itu, Aida menafikan dirinya jarang berlakon berikutan terlalu fokus dalam bidang penerbitan drama.

“Memang ramai yang menyangka saya sudah tidak berlakon lagi dan lebih banyak menumpukan perhatian dalam bidang penerbitan. Saya masih aktif di depan kamera, cuma kebanyakan drama lakonan saya disiarkan di saluran RTM,” katanya. Pelakon

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ?? Aida ceria di samping suami, Husfarid.
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] Aida ceria di samping suami, Husfarid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia