Berita Harian

Memori pilu Zulin

-

Seperti insan lain, Zulin Aziz juga tidak terlepas daripada dilanda emosi walaupun sering kali dirinya dibayangi sisi kelakar dalam diri. Bezanya wanita berusia 26 tahun ini mungkin bijak menyembuny­ikan apa yang terbuku di hati. Apatah lagi apabila langkah seninya selepas menyertai program Pilih Kasih musim pertama tidak terhampar seindah yang diimpikan.

Dugaan datang dalam hidup wanita dilahirkan dengan nama Farah Azleenda Abdul Aziz ini apabila bapanya, Abdul Aziz Jaafar, meninggal dunia sewaktu dirinya mengikuti program realiti ilham Datuk Rosyam Nor terbabit.

Kenangan bapanya rebah dan terpaksa diusung keluar dari Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, pada minggu ketujuh rancangan berkenaan berlangsun­g masih kuat melekat di dada. Abdul Aziz, 48, menghembus­kan nafas terakhir akibat saluran darah dalam kepala pecah (intercrani­al bleeding) pada 20 Julai 2010.

Rindu tak tertahan

Ketika sambutan Hari

Bapa, baru-baru ini, Zulin turut memuat naik gambar bapanya dengan keterangan gambar cukup menyentuh perasaan. Rindunya terhadap arwah memang tidak terkata. Lelaki itu bagaikan tulang belakang, teman rapat dan buah hati dirinya. Kehilangan si bapa membuatkan wanita ini tersentak, sebelum perlahan-lahan bangkit meneruskan kehidupan.

“Mungkin orang nampak insan yang gemar berlawak ini senantiasa gembira. Tetapi di sebalik semua itu, pelawak juga manusia. Saya sendiri bergelut dalam hidup. Apa yang saya kecapi hari ini bukan diperoleh dengan mudah. Permulaan kerjaya seni saya tidak seindah disangka. Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu kesusahan dan kesukaran saya.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana kehidupan sekarang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap sekarang apabila pelbagai dugaan perlu saya lalui. Paling besar adalah ketika bersaing dalam Pilih Kasih, arwah ayah meninggal dunia ketika menonton saya secara langsung di dewan.

“Bayangkan, bagaimana keadaan saya yang memang dikenali sebagai anak bapa? Dalam apa juga perkara, ayah yang saya akan ingat. Beliau memang tak pernah lekang dengan saya. Paling lama saya berpisah dengan arwah ialah tiga bulan, ketika menyertai Pilih Kasih. Tanpa berhubung dan berjumpa dengannya, saya diuji pula dengan pemergiann­ya meninggalk­an kami semua,” katanya.

Ingin ubah nasib keluarga

Akui Zulin, pemergian bapanya memberikan kesan besar dalam hidupnya.

“Saya rasa kehilangan dan hilang fokus. Ia perasaan yang sukar untuk digambarka­n. Tidak pernah saya terfikir ayah akan pergi secepat itu. Dalam kalangan adik-beradik, saya orang yang paling tidak boleh menerima kenyataan itu. Saya masuk Pilih Kasih pun kerana ingin mengubah nasib keluarga dan memberikan mereka kesenangan. Saya juga pernah berhasrat untuk membawa ayah mengerjaka­n umrah, belikan kereta dan rumah kepadanya.

“Namun, saya tidak sempat melakukan semua itu. Saya bagaimanap­un percaya ada hikmah di sebaliknya. Tuhan takkan menguji hamba-nya jika kita tak kuat dan berdaya. Selepas beberapa tahun pemergiann­ya, saya jadi lemah. Namun, alhamdu-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia