Berita Harian

Hampir putus asa

-

wanita ini lagi, laluan seninya bukan semudah yang dilihat.

“Awal-awal dulu, saya cuba mencari tempat dalam industri dengan menghadiri pelbagai uji bakat, namun tidak berjaya. Saya juga pernah ditipu dan tak dapat duit hasil lakonan. Selain itu, saya dihina dan tidak dipandang mereka yang ada di lokasi penggambar­an. Saya juga pernah berjalan kaki kerana tiada kereta untuk bergerak ke sana-sini. Saya pula tak pandai memandu.

“Pernah juga saya menumpang orang dan menunggu runner untuk ke lokasi penggambar­an. Pada satu tahap, saya putus asa dan ingin mengalah dalam dunia lakonan. Saat itu, saya berasa seperti diri ini tak ke mana-mana di dunia seni. Mungkin belum tiba waktunya atau bukan rezeki saya dalam bidang berkenaan. Itulah dua perkara yang bermain di fikiran.

“Terlalu banyak kepayahan yang dilalui. Bagaimanap­un, semua itu tak pernah mematahkan semangat saya. Kalau boleh, saya nak jadi macam arwah abah. Kini, saya tidak pernah lupa saat susah itu.

Biskut kosong isi perut

“Kawan baik waktu susah dan senang saya (pelakon, Emelie Hanif) tahu apa yang saya lalui. Saya tak pernah lupa jasa rakan yang memberikan sokongan. Kami pernah makan biskut kosong. Jadi apabila dapat kesenangan, saya takkan lupa berkongsi dengan mereka,” katanya yang bersyukur kerana Emelie, yang juga teman serumah, sudah mendapat peluang berlakon termasuk watak utama di TV3.

Pada penghujung bicara, Zulin tidak dapat menyembuny­ikan rasa sedih ketika menghantar ibu, abang dan ibu saudaranya ke Tanah Suci Makkah.

“Kalau ayah ada, pasti dia juga akan sama-sama ke sana,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia