Berita Harian

Urus kerjaya sendiri

-

Lama juga khabar berita mengenai bekas juara program realiti Mentor Legend,

Azmil Karim, tidak kedengaran. Jika pada awal kemunculan­nya dulu, iaitu selepas memenangi program terbabit pada Februari tahun lalu, dirinya kerap menjadi sebutan, kini jejaka berusia 23 tahun itu bagai hilang dari radar industri hiburan.

Namun, bertemu

Azmil pada majlis pelancaran tudung jenama Dayang di ibu kota, baru-baru ini, dia membawa perkhabara­n terbaharu yang cukup mengejutka­n.

Katanya, dia berhasrat untuk menguruska­n kerjaya seninya sendiri selepas kontrak bersama Monkey Bone tamat, Ogos depan.

Tiada masalah dalaman

Bagaimanap­un Azmil menepis dakwaan mengatakan pengundura­nnya daripada label itu ada kena-mengena dengan masalah dalaman.

“Sebaik saja kontrak saya tamat pada Ogos depan, saya akan bernaung di bawah label Indigital Music. Keputusan itu dibuat bukanlah kerana masalah dalaman ataupun wujud perasaan tidak puas hati. Sebaliknya, saya sekadar mahu beralih angin.

“Indigital Music pula hanyalah untuk urusan rakaman lagu, manakala pengurusan kerjaya saya akan dilakukan sendiri oleh syarikat yang baru saja ditubuhkan, iaitu Azmil Karim Entertainm­ent.

“Sekarang ini pun segala jadual kerjaya saya, terutama di

Sabah, diuruskan oleh pengurusan sendiri.

Bakal muncul dengan single ketiga

Cuma dalam hal membabitka­n tawaran, saya masih merujuk pada pihak Monkey Bone kerana saya masih bernaung di bawah mereka,” ujar Azmil. Penyanyi

Ditanya mengenai pilihannya untuk bersama Indigital Music, penyanyi berkulit hitam manis ini mengakui hubungan terjalin sejak peringkat awal menyertai Mentor Legend

membuatkan dia selesa kerjasama dengan label berkenaan.

“Lagipun saya dan Indigital Music bukanlah asing kerana sewaktu sayaberada­dalam program Mentor Legend

lagi, mereka banyak membantu. Kebetulan juga Kak Dayang (Nurfaizah) bernaung di bawah label sama, jadi dia banyak juga memberikan nasihat,” terang bekas protege penyanyi Tak Pernah Menyerah ini.

Beralih kepada perjalanan kerjaya nyanyianny­a, Azmil berkata, sebelum kontraknya berakhir, dia bakal muncul dengan

single ketiga berjudul

Jam 5, hasil ciptaan Omar K dan Mike Chan.

“Lagu ini berentak rancak dan berbeza dengan dua single sebelum ini. Saya juga akan merakamkan muzik video lagu ini dalam waktu terdekat, dengan muziknya digubah dalam bentuk akustik,” ujarnya.

Fokus kerjaya di Sabah

Walaupun namanya mungkin tidak sehebat juara program realiti lain, namun menurut Azmil, rezekinya tidak pernah putus. Kebanyakan tawaran datang pula katanya adalah dari negeri kelahirann­ya, Sabah.

“Sejak kebelakang­an ini, saya memang kerap berulang-alik antara Kuala Lumpur ke Sabah bagi memenuhi undangan persembaha­n di sana. Melihat situasi itu, saya membuat keputusan untuk lebih fokus kerjaya di sana. Lagipun, tidak ramai penyanyi di sana, jadi saya rasa peluang lebih terbuka,” ujarnya.

 ?? [ FOTO NAZRAN JAMEL / BH ] ??
[ FOTO NAZRAN JAMEL / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia